07 November 2016

JANA PENDAPATAN PASIF SECARA ONLINE MELALUI GOOGLE ADSENSE

ASSALAMUALAIKUM...


semasa buat segmen baru ni kan, wani pergi berblogwalking sahabat- sahabat blogger yang join segmen wani.. perasan ada setengah blog tak letak lagi iklan google adsense..ada blog yang letak.. yang mana yang letak tu wani tolong klik, sebab dah niat nak berblogwalking sambil nak bagi sedekah hiii.. untuk sahabat yang masih tak letak iklan google adsense ni .. nak tahu jugak kenapa tak letak lagi 

1. adakah tak tahu langsung pasal kewujudan google adsense
2. dah sign up tapi masih tunggu approval dari pihak google
3. ataupun gagal maksudnya pihak google tak approve

 wani applied untuk google adsense tahun lepas. alhamdulillah sekali apply terus approved sebab masa tu iklan blog hanya bergantung dekat nuffnang sahaja hii....maknanya iklan tak banyak.. jadi google approved tu.. terdengar info kalau iklan dah banyak kat blog baru nak apply google adsense,, kebarangkalian pihak google susah nak approve. lagipun dah berblogging banyak tahun dah entri pun dah banyak dah kan.. walaupun tahu banyak lagi sumber nak jana pendapatan secara pasif secara online ..sebelum ni pun tak pernah tahu tapi pernah baca,, tengok kat blog dekat setting tu kan apa benda lah google adsense ni.. dah cuba buat sekali tu .. tak ingat tahun bila.. cuba klik dan mohon  .lepas tu cakap tak lepas sebab blog dalam bahasa melayu.. that timemain priority pihak google nak blog in english..lepas tu dah malas nak ambil tahu pasal google adsense..

wani tahu pihak google dah terima blog dalam bahasa melayu sebab terbaca blogger kak azie yang bagi tahu dalam entri beliau..itu yang wani pergi apply ..eh google nak cek betul ke blog kita boleh diterima..ambil masa la jugak kan..sekarang ni bahasa melayu dah terkenal di seantero dunia .. tak usah risau dah ,,pergi mana -mana ada orang boleh cakap bahasa melayu ..eh ada ke hiii..tapi nak tunggu untuk surat dari sana memang ambil masa yang lama sikit dekat sebulan rasa .. sampai sekarang masih simpan surat google

jadi, sebagai seorang blogger, rasanya anda patut sign up dan menjana pendapatan online secara pasif melalui google adsense sebab nilai yang diklik adalah dikira ikut matawang US dollar . tapi memerlukan usaha yang lebih la sikit.. bagi wani walaupun maksud pendapatan pasif ini hanya sekali sahaja kerja dilakukan dan hasilnya akan dapat dirasai selamanya tanpa perlu dibuat lagi.. tetapi perlu diselangi dengan usaha la jugak.. bukan senang nak senang ..




kalau kita klik dekat "add a gadget"  akan keluar kat situ.. "adsense" ..banyak sebenarnya tempat blog ni bold kan pasal google adsense ..satu contoh lagi rujuk gambar dibawah "make money with your blog" ..semua tu mereka dah bagi panduan untuk blogger semua.. rajin-rajin la klik ... tempat link atas tajuk blog masing - masing.. kat situ dah ada semua dah macam mana nak meningkatkan prestasi blog ..

Sampai sekarang pun wani masih belajar, bab ilmu macam ni banyak lagi nak kutip.. tapi itulah nak tarik pengunjung datang blog kita pun kena ada effort sikit lah.. banyak alternatif lain nak jana duit online.. lebih - lebih lagi melalui blog.. tapi tak semua kita mampu buat..semua nak itu nak.. tamak tu.. 

Lagi - lagi tambah dengan keadaan ekonomi yang tak stabil ,, asyik naik jer harga barang.. nilai rm 200 tu dah biasa bayar bil untuk barang keperluan harian.. zaman ekonomi tak macam dulu dah,,,, zaman sekarang kena lebih upgrade kan diri kita untuk menghadapi situasi yang bakal apa yang terjadi di masa depan kita tak nampak lagi.. 




Wani sangat setuju dengan kenyataan di bawah.. kalian jangan ingat pengunjung datang singgah kat blog hanya semata - mata nak klik iklan... sebenarnya apa yang pembaca nak adalah kualiti kandungan yang ada dalam blog sebenarnya.. tapi kita ni dah rambling talks dah kat blog haaa.. tak apalah kan asalkan blog hidup ada lah jugak idea nak menaip ..

Banyak lagi nak bagi tahu,, nanti tak apalah kita sambung lain kali . Buat sesiapa yang tak apply lagi tu cubalah apply google adsense



Komen
8 Komen

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak percaya kalau Wani meamng boleh menjana dgn baik ni..

Reen Johari said...

Total pageview blog wani.. Fuh. Reen baru 20k. Hahahaahaa sedih nengok. Hahahaa dua kali apply Adsense, dua kali putus cinta dek Adsense tolak lamaran reen. Cisssss.

Lea Azleeya said...

Permohonan lea kene reject byk kali.. pastu dah malas nk mohon...

Haffizul Iskandar said...

dah ada akaun adsense. tapi masih belum cukup nak cashout. ish..ish..

http://www.ceritaejoy.com/

Shahida Dzulkafli said...

X apply pun.. huhuhuhu..
Blog sendu je.. hehehe

ayunie ramli said...

mek nk buat tp mmg bnyk step and kadang tk mnjadi. sudahnya tk buat smpai laa nii

Unni Anje said...

Unni da buat tp x klur kat blog Unni.. knpa tu wani??

Haniezafri Othman said...

thanks for you info..sangat padat dan memberi pengetahuan..semoga cik Unni terus succes...

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign