GUMMY SMILE

ASSALAMUALAIKUM.....


Selamat pagi ,, dah senyum pagi ini hiii...

ini kali pertama wani dengar istilah gummy smile, sebelum ni tak pernah dengar hii.. terjumpa keratan akhbar lama, khusyuk pulak baca..kalau kalian nak tahu apa itu gummy smile, ok berdiri depan cermin dan senyum,, jangan ada orang sekeliling sudah haaa.. kot orang kata apa sengih sorang - sorang..kalau nampak ruangan gusi lebih banyak daripada gigi, maksudnya gigi tenggelam tapi gusi pulak yang lebih timbul, itu namanya gummy smile. Tapi bila senyum jadi macam gambar kat atas tu.

Ikut cakap doktor gigi,gummy smile ni tak membahayakan tapi ada lah kaedah rawatan untuk merawat gummy smile sekiranya soerang itu tak berapa yakin nak buat senyuman, maklumlah senyuman tu kan salah satu syarat untuk confidence level jugak kan, dan nasihatnya lagi ada extra bonus lah, doktor bagi tahu kalau nak buat rawatan boleh terpulanglah kepada individu. Kalau dah semulajadi macam tu pun tak apa lah jugak ..bukannya buat kita sakit pun. Bersyukurlah apa yang tuhan ciptakan kita sebaik - baik makhluk.. biasalah doktor - doktor ni main research banyak ..gigi macam tu gigi macam ni, kita bukan doktor gigi ni tak tahu apa.. 

Kalau bagi pendapat wani ,bab buat pembedahan dalam mulut ni lagi gerun huu lainlah kalau kita sakit.. apapun bersyukurlah.. tak payah nak mengubah ciptaan Allah itu lebih baik.. 



8 Comments

  1. Sekurangnya masih ada gigi.. Masih ada deria rasa.. Pun dah bersyukur. :)

    ReplyDelete
  2. ohhh... 1st time akak dengar ttg gummy smile ni sis...apapun bersyukur dgn kurniaan senyuman yg ada pd kita.. :)

    ReplyDelete
  3. bru pertama kali rietta tahu...hehehe...igtkan gummy smile tu senyuman bergetah....

    ReplyDelete
  4. Gummy Smile ni kira uniklah.
    Buka semua orang ada.
    Bukan kecacatan tetapi kelebihan.

    ReplyDelete
  5. kalau sy senyum,, ada nampak gusi sikit,,

    apa-apa pun syukur dgn apa yg kita ada..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post