08 October 2016

DAGING GORENG LEMON

ASSALAMUALAIKUM...


Daging jeruk lemon naik popular post semalam.Seperti yang telah dijanjikan dalam entri semalam di SINI.Inilah daging goreng lemon simple, tumis dengan bawang dan lada sampai ia garing sikit. Garam tak tambah dah sebab dah sempurna dah perisa 

Sekali sekala buat macam ni memang sedap. Nak resepi ke.simple sangat ni.ok tak apa taiplah juga resepi. Bab lada tu terpulang nak guna yang mana. Wani suka guna bawang kuning, sebab rasa bawang ni lain sikit. Kalau ikut cara wani macam ni la cara yang dibuat. Kot orang lain ada resepi yang lain style . Ikut lah selera masing - masing 

DAGING GORENG LEMON BAWANG

BAHAN - BAHAN 
daging yang telah dijeruk
Bawang kuning potong baji atau hiris 
Lada merah / lada hijau / cili kering / lada burung 

CARA - CARA
1. Masukkan daging dalam kuali dan masukkan sedikit air
2. Rebus daging sekejap sampai ia lembut, dah lembut pindahkan dalam pinggan sekejap
3. Tuang sedikit minyak dalam kuali, bila minyak panas masukkan daging yang telah digoreng, kacau - kacau sekejap baru masukkan segala bahan bawang kuning dan lada
4. Goreng sampai bawang dan lada agak layu dan daging tu nampak garing sikit
5. Angkat dan sedia untuk dihidang

Komen
3 Komen

3 comments:

ayunie ramli said...

Waniey kalau ayam ok tk kt buat cm ni?

Wani Sukarno said...

Baru jer terlintas dalam kepala nak try buat hiii. Agaknya boleh kot,, kan lagi sedap rasanya nanti nak bereksperimen

Gee Lion said...

Bookmark dulu =)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign