30 October 2016

SELAMAT HARI DEEPAVALI

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam tak ada entri, pagi lagi nak bersiap sebab pukul 11 pagi ada majlis bertandang sepupu wani. konon nak bersiap awal. Dah lah semalam hujan pagi tu renyai - renyai.. hari ni pun cuaca mendung ... berkumpul satu tempat dan  dalam perjalanan nak pergi nasib baik dah tak hujan, kalau tak kasihan pengantin nak berjalan dalam hujan dengan gaun pengantin meleret susah pulak.

musim cuti sekolah sekarang ni sempena hari deepavali.. tapi oklah cuaca mendung redup daripada panas tu sejuk sikit suhu... makan kat rumah pengantin lelaki berselera sikit sebab ada nasi minyak..perut dah kosong sebab pagi tu wani tak berapa lalu nak makan 

Tengah hari tu pun dah nampak jalan jam. Balik rumah dah rasa kepala ni pening semacam.. tidur sekejap ...bangun pun terasa pening lagi .

Teringat kalau hari raya macam ni mesti ada cerita best - best.sempat lah semalam tengok drama Kari Sanjana, sempena hari deepavali.. walaupun dah sekerat cerita tu berjalan... sebenarnya banyak pengajaran dari drama tu yang boleh diambil,,, kehidupan kita tak lari dari masalah tak kira
lah bangsa apa sekalipun, dalam drama ni, walaupun berlainan bangsa dan agama, keakraban tu dah macam famili sendiri...ada ke kalau drama kat negara lain buat macam ni.. drama semalam buat wani menitis air mata juga. Mungkin sebab dengar lagu  kabhi kushi kabhi gham tu kot.. filem tu memang menitis air mata wani tengok ,,, dengar sekerat lagu kat dalam drama dah tersentuh huu.. lebih lagi part aunty cakap " aunti dah ada 2 anak " " sanjana dan linda " ..sayunya dengar kan ,, berlainan bangsa,, kalau wani nak lah keluarga angkat macam ni. 

Harap tak terlambat nak mengucapkan selamat hari deepavali.kepada semua penganut hindu di Malaysia. 
Komen
4 Komen

4 comments:

Unni Anje said...

happy diwali bg yang merayakan.. selamat bercuti wani

Erni Hasmiza said...

happy deepavali

ayunie ramli said...

Kelantan kurang rase meriah diwali.

Wani Sukarno said...

Itu la kan mek kat kelantan x meriah

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign