SUP TULANG LEMBU NOXXA ( SERBUK REMPAH SUP MAK SITI )

ASSALAMUALAIKUM...


Masih banyak lagi stok daging dan tulang lembu dalam peti.sekarang ni musim orang kahwin, musim aqiqah, masih lagi berlangsung. Itu sebab tak berapa nak masak, tapi sup tulang yang sedap ni wani masak hari kedua raya haji. Banyak bahan tak ada, nampak kosong sup tu kan sebab tak nampak kehijauan, daun sup, daun bawang hii. Nasib baik bawang goreng ada, terasa lah keenakan sup tu.

Sebenarnya kalau masak sup tulang, agak jarang nak main tumis, kan dah diketahui tulang tu bila masak pun dah naik lemak, kononnya baik elak masak main tumis - tumis ni.. Tapi akhirnya terjebak la jugak nak main tumis - tumis sebab semakin terserlah keenakan sup itu. 

Oklah semua rujuk gambar di bawah ini adalah ke semua bahan yang wani guna, cuma satu bahan yang tak dimasukkan iaitu batang celery sebab tak ada stok tetapi hasilnya tak mengecewakan, sedap lah juga lagipun satu bahan jer yang tak dimasukkan, jadi tak payah risau..




Seperti biasa, sudah tentu masak dengan guna periuk noxxa, tak adalah masa berjam - jam rebus tulang nak bagi empuk hanya 40 minit sahaja ada orang masak dalam 30 minit, wani suka lama sikit,lagi empuk dah boleh lerai dengan jari.wani nak tekan kan sikit semasa nak masukkan garam, dah jadi habit sekarang sejak terbaca garam tu tak boleh masukkan semasa tengah mendidih sebab jadi penyakit, jadi biasanya lepas siap masak semua baru wani masukkan garam

Ok dah siap baca jom tengok resepi ..resepi asal kalau nak guna kaedah biasa, resepi noxxa wani bagi kaedah sahaja macam mana nak masak.lupa nak cakap wani guna serbuk rempah sup mak siti .. sedap tau..cubalah resepi ni sedap berbaloi, terima kasih tuan punya resepi







SUP TULANG LEMBU
SUMBER: KASIHILMAR

Bahan-bahan:
1 kilo tulang lembu

2 batang serai

3/4 sudu teh serbuk kasar lada hitam

Air secukupnya

Kentang dan lobak merah dipotong dadu

CARA - CARA
Masukkan tulang lembu, serai, serbuk kasar lada hitam dan air ke dalam periuk dan rebus sehingga daging empuk. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah.
Garam secukup rasa

Bahan tumis:

Minyak masak secukupnya

1 sudu besar minyak sapi

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga & 4 bunga cengkih

7 ulas bawang merah dihiris nipis

3 ulas bawang putih dicincang

1 inci halia dimayang

2 sudu besar rempah sup dan 1 sudu besar rempah kurma di campur air untuk jadikan pes

Bahan kisar: Lumat

1 labu bawang besar

1 batang celery
 ( tak letak )
1/2 batang lobak merah

CARA - CARA
1) Panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bahan tumis dan masak sehingga bawang kekuningan dan kemudian masukkan pes rempah sup. Masak sehingga terbit minyak.

2) Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga terbit minyak. Kemudian curah ke dalam rebusan daging

3) Renehkan sup sekejap

Sambal Cili Kicap:
20 biji cili padi
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 cawan kicap lemak masin
1 sudu besar jus lemon
Satukan semua bahan dan kisar.
Sebelum dihidang masukkan sedikit sambal cili kicap dan taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.
Sup ini sedap juga kalau makan dengan roti.

SUP TULANG LEMBU NOXXA ( SERBUK REMPAH SUP MAK SITI )

CARA - CARA 

1. Dengan mode stir fry, Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan segala bahan penumis Tumiskan bahan tumis sehingga wangi baru masukkan bahan cincang
2. Kacau sehingga naik bau baru masukkan rempah sup, kacau lagi hingga wangi
3. Masukkan bahan kisar yang telah diblend dan kacau lagi hingga naik minyak dan wangi
4. Kemudian masukkan,serai, serbuk lada hitam kasar dan tulang lembu.masukkan air secukupnya paras - paras tulang boleh rujuk gambar
5. Tutup periuk dan Tekan hp selama 40 minit, tombol ke pressure dan tekan on 
6. Selepas bunyi beep, putar tombol ke steam dan biarkan wap habis keluar baru boleh buka tudung
7. Masukkan garam secukup rasa dan kacau perlahan - lahan sikit sebab tulang tu tak nak inner tercalar

Sekiranya anda ingin masukkan kentang dan karot



1. HP dalam 30 minit tulang lembu dan lepaskan wap baru masukkan kentang yang telah dipotong baji dan juga karot. Saya potong karot dalam potongan besar, rujuk gambar
2. Tenggelamkan sedikit masuk dalam sup jangan biarkan  terdedah kat atas nanti tak masak, rujuk gambar 
3. Tutup periuk dan putar tombol ke pressure, tekan hp dalam 10 minit dan tekan on 
4. Selepas bunyi beep, putar tombol ke steam dan lepaskan wap habis keluar. Dah siap boleh hidangkan. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa

9 Comments

  1. snngnya msk guna noxxa..mahal kaa..haha noob psl neh.kmi msk guna priuk biasa je

    ReplyDelete
  2. menarik betul periuk ni yer.. berapa eh harga dia sekarang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kira agak mahal la jugak, huu sekarang ni dah naik.. Dalam 680 tak silap

      Delete
  3. Sedapnye.. Lady pun blm start msk d rumh lg.. Mkn kt umh mak jerk.. Huhu

    ReplyDelete
  4. Periuk.mahal.nie...rm600+-+ masak nasik 10 je kan

    ReplyDelete
  5. harga memang mahal tapi tengok dari cara, berbaloi utk dimiliki.
    sup cik wani buat pon nampak sedap walaupun hang cakap tak cukup bahan?
    dok eh, elok je tu... (:

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..

    terliur tgk sup..
    dan lagi terliur tgk periuk tu..hehehe

    kene kumpul RM10 sehari nih..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post