19 September 2016

GULAI KAWAH KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM...


Baru nak cerita, semalam tak ada entri. 

Orang dulu - dulu kalau setiap kali ada kenduri satu kampung meriah kan, saling bergotong - royong nak meriahkan majlis. Alhamdulillah kalau tengok sekarang amalan tersebut masih diamalkan. Cuma sekarang ni dah ada pilihan sama ada nak tempahan catering ataupun masak sendiri,, kalau kat Kelantan kita dah panggil ' bekwoh '. 

Kerja besar dah ni bila melibatkan ramai orang nak makan.kalau ada budget lebih boleh la buat tempahan catering kan, kita pun tak fikir banyak , kita serahkan pada yang pakar, otak pun tak serabut fikir nak buat menu apa. Tapi kalau yang lebih mementingkan keakraban dan kemuafakatan satu keluarga besar apatah lagi dengan penduduk kampung, sudah tentu ' bekwoh ' lah pilihan yang terakhir. Banyak hikmah di sebalik ' bekwoh ' ni.

Kalau perasan menu untuk tempahan catering dan ' bekwoh ' sendiri dah lain dah.. Kalau wani la,, kalau sebut tempat majlis tu ada " bekwoh " sudah tentu menu - menu utama seperti gulai kawah, ' kerabu sare ', menu wajib ada sebenar tu, walaupun ada pelbagai pilihan menu lain, baru - baru ini pun pergi makan kenduri, ada gulai kawah sebab satu ekor lembu ditumbangkan hii.. 

Kalau Gulai kawah yang  betul - betul ada letak buah ara sungai ataupun pisang putik ataupun "mumbe nyiur ".Ada juga orang letak umbuk kelapa. Campur lah dengan tulang temulang semua tulah yang naik rasa sedap. 

Biasanya ramai orang letak mumbe nyiur, buah ara sungai susah nak jumpa sekarang ni mungkin agak susah sebab nak cari buah ni tumbuh kat tepi sungai tambah lagi buah ni bermusim. Wani sendiri pun terasa macam lama sangat dah tak makan

Nak ambil " mumbe nyiur " kena berhati - hati sangat ia tak boleh terjatuh atas tanah , kena bawa turun dengan tali perlahan - lahan. Kalau ia pecah dan retak mumbe nyiur akan jadi hitam, sebab dah terdedah kepada udara..macam ada pengalaman pulak cakap macam tu kan haaa.. Sebenarnya bonda wani yang bagi tahu, takkan la kita pulak nak pergi panjat pokok kelapa, pernah tengok monyet ambil kelapa ada la 

Bukan senang nak buat gulai kawah, tapi apabila semangat kemuafakatan dan bergotong - royong membuatkan kerja menjadi mudah 

Dalam pinggan tu antara menu hari kenduri, ada gulai kawah, kerabu sare, ikan kering, sambal belacan ,pajeri nenas tak ada dalam gambar dan ayam masak pedas... Kerabu sare sangat jarang orang nak buat, sebab susah nak dapat kerabu sare ni kena pergi  pasaran gelap baru ada hiii..kemain istilah pasaran gelap, tapi kalau bulan puasa banyak sangat orang jual kerabu sare yang dah siap digaul.... 

Begitulah serba sedikit cerita kalau bercakap pasal keunikan gulai kawah ni. Tak boleh nak banding dengan tempahan catering


Komen
7 Komen

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kerabu sare, buah ara semua tu kakak tak tahulah Wani
Mungkin sebutan lain. Macam Wani sebut mumbe tu kakak rasa kalau Johor panggil umbut kelapa agaknya. Apa pun memang sedap gulai kawah, kakak pun suka:)

Mas said...

sedapnya!kt sini dh jrg org buat bekwoh..haha kecek kelate plop.kbnykn prefer katering dh.

ayunie ramli said...

memeyyyyy... mek stuju benar nahhh

MisDiarios said...

setujuuuu

Ahmad Hasif said...

pergh.. memang sedap tu.. kombinasi lauk yang menyelerakan.. betul tu nk dpt lauk gini hanya dapat bila buat gotong royong je. law katering mcm susah nak jumpa..

Gee Lion said...

dah lama tak rasa lauk macam ni kat kenduri.
sekarang ramai yg guna khidmat katering, jadi lauk yg dihidangkan pon agak simple.

Warisan Petani said...

Lain tempat lain menunya. Tapi kenduri sekarang dah banyak guna katering.
Dh kurang orang nak 'rewang' lagi.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign