29 August 2016

KERABU JANTUNG PISANG ABU GAYA KELANTAN ( LANGKAH DEMI LANGKAH )

ASSALAMUALAIKUM....


lama sangat tak makan kerabu jantung pisang ...dah bertahun lamanya rasa ..hiii last makan masa bonda cakap ada mak saudara wani silap bagi jantung pisang kapas.. dah siap potong dan celur. bila makan tersangat pahit..tak semua ya jantung pisang boleh dimakan.. ada spesis yang tertentu. jantung pisang ni nampak jer bentuk sama .. tapi tak semua boleh makan pun.kalau tanya wani pasal jantung pisang mana boleh makan ni..wani tak berapa nak tahu sangat .. jadi wani tanya bonda..sebab bonda orang lama dan orang kampung memang tahu lah bab jantung pisang.. jadi kita ambil ilmu dengan orang lama..

katanya jantung pisang yang boleh dimakan ialah :

1. pisang kelat lego
2. pisang jela berangan
3.pisang galo
4.pisang kebatu

minta maaf tak tahu bahasa baku apa namanya pisang ..yang ni versi orang kelantan panggil hii.. wani tanya bonda cam ke kalau tak keluar buah tengok pokok pisang saja dah cam ? ..bonda jawab ya .. dia tahu jenis pisang apa.. minta maaf bonda anak bonda generasi sekarang .. macam wani ni, tahu jer itu pokok pisang.. pisang apa tak tahu duh.. !!!..kurang sungguh ilmu bab pokok..apa nak jadi...

jantung pisang abu ni pemberian pakcik wani, katanya tanam kat kawasan masjid, pokok pisang abu ni sangat besar.. boleh peluk pohonnya.. nak katanya besar sangat. baru nak berbuah sulung ..dan katanya lagi jantung pisang ni tak pahit,, makan begitu sahaja pun tak apa..eh biar betul.. kalau dah pohon pun boleh peluk, jantung pisang mestilah sangat besar, lupa pulak nak timbang berapa kilo.. tapi boleh tengok saiz nya macam dalam gambar,, dan perbandingannya tangan wani.. tuan sendiri kecik nak banding dengan tangan tak masuk sungguh,, :D

kalau boleh nak celur jantung pisang ni guna periuk yang dah tak berapa nak guna. kalau macam wani , guna inner periuk nasi yang dah tak nak guna sebab .. ibunya dah rosak.. jadi daripada dibuang macam tu,, baik guna untuk rebus jantung pisang.. kadang-kadang macam kes nak rebus pisang ke, rebus jantung pisang macam ni,, rebus nangka muda nak celur , ia akan keluar getah.. .kalau rasa ada periuk yang dah rasa tak nak guna lagi baik simpan sebab nak rebus benda-benda macam ni lah.

pisang abu bukan pisang berasal dari Kelantan, pisang ni kalau tanya orang Melaka dan Perak ni mesti kenal.. kalau tak kenal tak tahu lah hiii. pisang abu memang popular dengan hasil gorengan nya yang sedap.. sebab memang sesuai untuk goreng. kena ingat ya seeloknya nak potong pakai sarung plastik kat tangan tu ok jugak,, sebab tengah potong memang akan keluar getah..itulah sebab jarang sangat orang nak buat kerabu jantung pisang ni leceh kerja.. wani taip resepi kat bawah pun panjang berjela heheh..

inilah resepi kerabu gaya kelantan cara family kami.. memang macam ni lah buat .. bulan puasa hari -hari buat kerabu.. cara macam nilah.. sebab anak tekak tak boleh masuk dengan kerabu yang lain..kena ada isi ikan bakar kena ada budu ,barulah dipanggil identiti orang kelantan :D..cubalah ya.. gambar dah siap semua kat bawah.. tapi resepi tak ikut sukatan terutamanya bab santan.. bergantung anda nak tahap kecairan setakat mana.. senang jer kot resepi .tak payah risau

PENYEDIAAN UNTUK JANTUNG PISANG





PENYEDIAAN UNTUK BAHAN KERABU






CARA NAK GAUL 



KERABU JANTUNG PISANG ABU

BAHAN-BAHAN

1 biji jantung pisang abu sederhana
4 ulas bawang merah
sejemput lebih sikit untuk lada hitam
3 sudu besar kerisik
3 ekor ikan dibakar dan diasingkan isinya ( ikut suka nak guna ikan apa lagi banyak ikan lagi sedap )
garam dan gula secukup rasa
santan secukupnya kalau boleh guna yang santan perah segar, kalau nak guna pati santan pun tak apa cuma kena cairkan sikit
budu (optional )
limau kasturi untuk perahan (optional ) 

CARA-CARA

PENYEDIAAN UNTUK JANTUNG PISANG

1. jantung pisang dibuang kulit luar tu dalam beberapa pelepah nampak yang warna muda sikit kat dalam
2. sebelum tu, sediakan periuk yang diisi air, banyak sikit ya sebab nak bagi tenggelam semua jantung pisang yang akan dipotong nanti.. kalau tak tenggelam sepenuhnya tempat yang dah dipotong tu bertukar warna hitam .. sebab dah terdedah kepada udara
3. kemudian cuci bersih dan ambil pisau potong macam dalam gambar di atas. masukkan ke dalam periuk yang dah diisi air tadi. kalau rasa tak tenggelam tambah air lagi biar tenggelam
4. rebus sampai ia mendidih , buka tudung sekali sekala balikkan .. rebus sampai jantung pisang lembut
5. dah lembut, boleh toskan atas penapis biar ia sejuk
6. dah sejuk, kena perah buang air lebihan dalam jantung pisang yang ada,tak nak ada air nanti kerabu berair sangat. ketepikan

PENYEDIAAN UNTUK BAHAN KERABU

1. tumbuk halus lada hitam, kemudian tumbuk bawang merah sehingga lumat
2. masukkan isi ikan tadi ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi lumat
3. pindahkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk lain
4. dengan menggunakan lesung tadi, tumbuk kerisik sehingga halus dan masukkan ke dalam bahan tumbuk tadi.
5. masukkan garam dan gula secukup rasa. gaul sebati.ketepikan

CARA UNTUK GAUL KESEMUA BAHAN

1. jantung pisang yang dah diperah kering tadi dicarikkan dengan garpu.. sebab tadi masa perah ia dah jadi macam kepalan,, jadi kita nak longgarkan struktur jantung pisang
2. ambil bahan tumbuk tadi dan masukkan ,gaul sebati..
3. perah santan terus ke dalam kerabu .tengok macam dalam gambar, tahap kecairan bergantung tapi tak nak santan banyak sangat nanti berair.nak ada rasa lemak sikit dalam kerabu
4. boleh perasakan balik dengan garam dan gula sekiranya perlu
5. hidangkan dengan perahan limau kasturi dan budu.. optional sahaja tapi kalau tambah memang sedap

NOTA: 
disebabkan kerabu ni menggunakan santan mentah tak dimasak, lepas siap dah boleh hidang terus,,dan kalau ada lebihan boleh masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti..tapi jangan tunggu 2 hari tak makan habis lagi




Komen
6 Komen

6 comments:

yaya cendana said...

ya Allah ya tuhanku.yaya tak reti tau mkn jantung pisang..hahaha...serius..tp da nk kwen ni xkn la xreti sampai bila2 kan..mujur ade resepi ni, nnt bole ikut..hihi

jemput singgah sini, jangan lupa join sekali untuk menangi set Skinfood bernilai RM200 :)

http://www.yayacendana.com/2016/08/skinfood-worth-rm200-set-korean-beauty.html

Kakzakie Purvit said...

Kakak yg tua ni pun tak kenal kalau setakat tengok pokoknya. Tapi kalau dah berbuah ada certain pisang kakak kenal juga.

Jantung pisang buat kerabu memang sedap tip-top. Kakak suka.

adda syuhada said...

Mengancamnya.....!!
Adda simpan dalam gobok dulu resepi nya yer kak..

Wani Sukarno said...

hii kan sama la jugak dengan wani.. aah memang sedap kan jantung pisang .. sangat rare

Wani Sukarno said...

ok buat tau sedap nih

Wani Sukarno said...

ya Allah kenapa x reti makan hiii.. x pe kena cuba makan

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign