13 August 2016

BAWAL EXCLUSIVE KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM...


pasaran tudung sekarang dah macam cendawan tumbuh lepas hujan.. lepas satu -satu design tudung yang keluar kan, butik -butik sekarang tak usah cakap macam-macam jenama dah sekarang.. lebih lagi sekarang ni, peranan media sosial untuk menaikkan jenama tudung masing-masing sangat tinggi. tak macam dulu,, wani dulu memang pengguna tudung bawal.. masa zaman uni, pakai tudung bawal laa.. yang shawl belit-belit ni rasa tak famous mana kot. kalau nak tahu fesyen tudung bawal terkini,, pergi la kat kedai tengok tudung bawal yang terkini macam mana.. tak macam sekarang ni ,, semuanya di hujung jari,, di facebook pun dah boleh buat fanpage dah sekarang ni.. kesimpulannya semua bisnes sekarang dihujung jari lah.. tapi kalau nak beli tudung bawal bernilai dalam RM 2K lebih  sehelai,,sanggup ke nak beli online haa.... seram sejuk lak nak beli online hiii..

kali pertama wani dengar ada seorang wanita yang beli tudung bawal bernilai RM 10K sehelai.. wani ingatkan tudung aidijuma tu.. rupanya tak ..emm ikut kemampuan badan ..dah mampu beli lah,,tak mampu tak payah beli.. banyak lagi kegunaan duit tu.. bukan nak melabur nak beli tudung sehelai saja..tapi ada jugak ramai yang mengutuk.. bagi wani.. dah cakap tadi dah dia mampu okay go ahead nobody can stop you kan..

lagipun bila tengok page Bawal Exclusive Kelantan ni,, tudung yang mahal harga ribu riban ni dihiasi dengan batu Swaroski yang diimport khas dari Austria.. macam-macam peringkat harga dalam RM 9K lebih pun ada, dah selalu ada ni maknanya permintaan pun tinggi  jugak ni.. kalau boleh jual tu.. kalau ada yang mampu bukan wanita Kelantan jer boleh beli wanita dari negeri lain pun boleh beli jugak.. apapun tahniah penjenamaan balik tudung bawal ni nampaknya masih ramai lagi peminat..sebab wani pun dulu pakai tudung bawal jugak.. sekarang jer main suka belit-belit pulak haaa.nampaknya nak korek balik tengok dalam almari nak cari tudung bawal hii..bila tengok tudung bawal balik teringat zaman pakai tudung bawal dulu..  kepada peminat tudung bawal jom serbu ..


Komen
1 Komen

1 comment:

Faarihin Talip said...

Lebih selesa pakai tudung bawal sebab tak reti sangat pun nak pakai shawl ni. Huhuhu.

Tapi dasyat juga harganya bila sampai 10k tu.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign