01 July 2016

TART NENAS GULUNG ( PALING GEBU DAN SEDAP )

ASSALAMUALAIKUM....


Tart nenas biskut yang wajib  terhidang atas meja setiap kali raya, kalau nak cakap betapa malasnya nak buat sebab banyak kerja kan nak boleh terhasilnya tart nenas. Dah la homemade. kalau tak buat sendiri jem nenas, beli kat kedai tak macam sefresh yang kita guna buah nenas sendiri. Memang buat sendiri lagi sedap, tapi ada pilihan kat kedai bakery pun ada jual filling nenas untuk tart nenas mudah jer sekarang ni. 

Rasa sebelum ni pun tayang banyak kali, tapi setiap kali tengok resepi baru, rasa macam resepi ni pulak yang terbaik hii, gebu lepas tu cair di mulut. Sekali buat terus ok ,resepi ini akan jadi resepi yang istimewa, lagipun wani rajin siap gentel bujur lagi filling nenas tu. Kemas sikit nampak bila gulung. 

Resepi ni kalau ikut pemilik asal cakap dapat 100 biji, wani buat boleh dalam 94 biji sedang elok dengan filling nenas sebab guna nenas 2 biji yang sederhana besar.wani buat doh awal awal letak dalam cling wrap dan simpan dalam peti, kalau tak buat macam tu alamatnya sehari kat dapur tak siap :D. Bila buat awal senang jer esok keluarkan awal biarkan doh lembut suhu bilik lepas tu dah boleh terap.kalau rajin buat la awal doh tu.

Walaupun dalam beberapa hari lagi nak raya,  kalau terlebih rajin boleh la buat tart nenas ni, paling sedap lah setakat ini.terima kasih buat pemilik resepi.wani cakap paling gebu sebab dah serasi dengan tekak, tak tahu la pulak orang lain macam mana.kot anak tekak lain lain kan.tapi apapun resepi ni a keeper,tambah satu koleksi tart nenas, asyik main gulung jer bentuk lain bergantung kepada tahap kerajinan hii, maklumlah buat biskut ni perlukan kesabaran yang tinggi :) 

Tart nenas ni sangat gebu, lebih sesuai kalau nak letak dalam paper cup. Terima kasih buat pemilik resepi dah olah sikit.



TART NENAS
Sumber : facebook page jom masak oleh sheila Hassan

BAHAN-BAHAN

250gm buttercup 
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar susu tepung
300gm tepung gandum 
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
30gm gula icing
Secubit garam ( tak letak )
1 kuning telur
Jem nenas secukupnya
Kuning telur untuk hiasan ( wani campurkan dengan sedikit susu cair )

CARA-CARA

1. Kacau mentega, minyak sapi dan gula icing dengan sudip kayu hingga sebati. Tak perlu kembang sangat
2. masukkan telur kuning, kacau lagi masukkan susu tepung dan garam. 
3. Perlahan masukkan semua tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg lembut. Perap 1 jam tutup denga tuala basah. (wani tak perap ya wani simpan semalaman dalam peti sebab buat awal)
4.Guna lah acuan kesukaan. Masuk inti nenas dan gulung. Sapu campuran kuning telur
5. Bakar dgn suhu 150 C atau ikut suhu oven masing-masing dalam 25 minit atau sehingga kekuningan. 

Komen
4 Komen

4 comments:

Qhaifa Nur said...

Suka juga tart nenas wani..

Selamat hari raya
Maaf zahir batin

mamalynda said...

Assalamualaikum, wah.. Nampak Sedap Tart akak.. Boleh guna tips untuk improve..

http://www.mamalyndacookies.com/2017/03/resepi-tart-nenas.html

salam Blogwalking :)

Wani Sukarno said...

@mamalynda

aah memang sedap yang ni ..lembut dan cair di mulut

norsadira said...

Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign