15 July 2016

KUIH LOMPAT TIKAM

ASSALAMUALAIKUM...


Salam semua

Dah 10 syawal dah hari ini, mungkin orang lain pun hujung minggu ini sibuk dengan open house, masih lagi mood beraya kan..wani semalam dah mula berpuasa kira hari ini dah masuk hari kedua berpuasa,, akui letih bulan puasa lepas tak hilang lagi,, hii bila ingat balik time berpuasa ya Allah agak kepenatan la sikit, main masak lagi, kerja kat dapur tu dalam keadaan berpuasa bukan senang, nak fikirkan menu lagi.bila dah raya, lagi lah bertambah penat.kiranya bulan ramadan dan bulan syawal ni bulan nak fikirkan menu hiii.hargailah sebaik mungkin orang yang rajin masuk dapur nak sediakan menu untuk keluarga paling tidak pun hulurkan sedikit bantuan kat dapur

Semalam pencuci mulut kuih lompat tikam, lama sangat dah tak makan nih rasa tahun ni tak makan lagi kot, hii walaupun kuih tradisi kelantan, orang kelantan sendiri pun jarang nak makan, nak buat lagi la tak kot, wani pun rasa tak terlintas nak buat sebab kuih ni macam banyak benda nak buat.. Tapi kuih ni kuih beli,, memang lama sangat tak makan nasib ingat rupa heheh, biasa kat sini kalau pergi dekat pasar memang akan ada, sebab tu lah tak payah rasa susah payah nak buat, sebanyak tu kat dalam mangkuk tu seringgit, murah kan, kenyang lah sekali makan. 

Kot ada yang tak kenal lagi, ada ke. Oklah cukuplah coretan setakat ini, selamat berpuasa kepada yang berpuasa qada dan puasa 6..






Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign