23 July 2016

KUZI AYAM DAN OPEN HOUSE RUMAH MAK CU

ASSALAMUALAIKUM...


bermula hujung minggu dah,18 syawal dah hari ini kan rasa sekejap jer syawal berlalu.. disebabkan  syawal pun masih berbaki lagi dan open house pun masih lagi meriah , kunjung mengunjung masih menjadi tradisi lagi sepanjang bulan syawal ni, pendek kata setiap hujung minggu mesti ada jemputan rumah terbuka..

memang dah dapat dari wassap family SEMAN DAN HAWA , Mak Cu wani nak buat open house hari ini.. nak jadikan cerita nak buat kuzi ayam ni tak ada dalam planning pun, tapi disebabkan Mak Cu  dah tempah roti jala dan asalnya nak buat kari ayam, tapi tak menjadi, sebabnya Pak Long cakap mengidam nak makan kuzi ayam.hii Pak Long pun mengidam ..abah wani kat tak sedap makan roti jala dengan kari ayam, itu yang pergi ambil inisiatif nak buat kuzi ayam, dapat wassap dari Mak Cu  hari tu, hari tu jugak lah pergi beli barang-barang,, sebab abah sanggup nak buat,, hii ,tapi kami buat kerjasama 3 beranak , kalau buat sorang-sorang memang patah pinggang oitt,, kuzi ayam ni walaupun nampak simple resepinya tapi banyak kerjanya.. kerjanya nak bersihkan ayam, nak perapkan ayam dan nak goreng ayam, remeh kan,, remeh pun tapi makan sedap menjilat jari lah hii.lagi satu bawang pulak perlu dimayang dan digoreng jugak, pendek kata semua bahan bergoreng, kismis pun goreng jugak

tapi kat sini memang wani tak tunjukkan resepi lah,, tak terlarat lagi nak tulis resepi, ini ikut kira guna hampir 3 setengah ekor ayam macam tu lah, dan semua bahan lain main masuk agak-agak..asalkan ikut sedap tekak kita,, maka jadilah kuzi hii... main masak macam nilah kalau nak ikut straight resepi tak boleh jugak sebab kuasa main agak-agak ni power ,, dah jadi macam magik,, sebab main agak-agak pun sedap !!!

masa hari raya ke berapa dah ,, dah buat dah kuzi ,tapi guna dalam 1 setengah ekor ayam,, kali ini banyak sikit sebab tetamu lagi ramai .. malam Jumaat tu hampir 2:30 pagi baru siap,, memang bersengkang mata sungguh,, tak cukup tidur..kuzi ayam ni kalau time ramai orang kat rumah baru rajin nak buat, kalau tak memang tak buat lah hii..

Mak Cu hanya tempah makanan untuk makan tengah hari, set nasi beriyani, kerutuk daging, acar timun,sambal lada, ayam berempah dan menu yang lain tu add on ... Semua sanak saudara berkumpul semalam. Gambar sekeping  pun wani tak ambil, sampai jer rumah Mak Cu terus tolong apa yang patut. Ada perkongsian dari wassap family, itupun gambar agak blur, taip panjang - panjang tapi tak ada gambar, maaf ya, tunjuklah gambar hasil kuzi ayam. Hiii

Lagipun sambil raikan sepupu wani yang nak pergi Brunei untuk program pertukaran pelajar, pagi ini dah tolak, semoga selamat sampai dengan selamat, nanti bulan 12 baru balik Malaysia.nanti resepi kuzi ayam tu wani kongsikan semula ya... 

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign