13 July 2016

AMERICAN CHOCOLATE CAKE RAYA

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

hari ini dah 6 syawal, nampaknya ramai dah perantau pulang ke sarang masing-masing..dengar cerita jam teruk, sabar je lah, ada hikmah segalanya bukan setiap hari jam pun ,, lagipun nama raya kan..  yang mana mood beraya tu masih boleh beraya lagi, wani kena warm up balik ni nak mood menaip maklumlah cuti raya kan yang mana boleh update, update lah lagipun banyak jugak benda nak bercerita.letih pun rasa baru nak hilang sikit-sikit..masa cuti raya hari tu pun trafik blog bergerak slow, hari ni nampak ada peningkatan, ada musim jugak trafik blog, kalau raya blog pun raya jugak.

oklah terus kepada perkongsian seterusnya, wani ada buat american chocolate cake. tak lari dah menu kek coklat memang ada untuk hari raya sebelum ni ada pernah buat kek ni dan ada post jugak kat blog  .pertama kali buat ok resepi ni a keeper, sebabnya memang moist sangat walaupun kek ini dibakar.kali ini letak topping coklat, meleleh tu tak apa banyak pun jilat hinggga licin  tetamu pun suka, sampai licin pinggan.. boleh lah buat kelainan selain kukus tu kan kalau yang malas keluarkan kukusan. wani guna loyang bulat 9 inci. kek ni agak merekah sikit dalam oven ,, tapi tak apalah lepas keluarkan dan balikkan atas pinggan tu tak nampak dah,, dan lepas tu curahkan topping,, lepas 2 malam lagi sedap kek ni..

Yang nak buat open house hujung minggu nanti, direkomenkan buat kek ni,sedap makan sejuk sejuk sebab sangat moist masuk tekak. Untuk resepi topping tu wani guna yang lain guna serbuk koko.ada resepi kat bawah, tapi macam pekat jadi wani tambah susu cair nak bagi cair sikit, wani doublekan dari resepi tu untuk dapat penuh leleh macam gambar kat atas. Baik doublekan resepi topping ya takut tak cukup.susu pekat kurangkan jadi 3/4 cawan tu pun main tambah susu cair sebab tak nak manis

AMERICAN CHOCOLATE CAKE
SUMBER: FIZA

Bahan A 
2 Cawan Tepung Gandum 
¾ cawan serbuk koko 
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
2 cawan gula kastor ( wani guna 1 3/4 cawan )
2 biji telur – Gred A
1 cawan susu segar 
1 cawan minyak jagung 
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
1 sudu teh Nescafe ( wani guna 2 sudu teh )
1 cawan air panas

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170’c dan lengserkan loyang bulat 9" dengan mentega dan lapik dengan kertas. 

2. Ayak tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan seketika.

3. Masukkan semua bahan B kedalam mangkuk pengadun dan putar seketika hingga semua bahan bercampur.

4. Masukkan pula tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit kedalam bahan B dan kacau hingga sebati.

5. Seterusnya masukkan bancuhan air nescafe dan kacau rata.

6. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar dalam 45minit atau sehingga kek masak.

Ada berbagai resipi topping mudah untuk dicuba, tetapi untuk American Chocolate cake ini saya gunakan resipi topping ini.

Topping coklat ( masak secara double boiler )
sumber: cikmatahariku

  • 1/2 cawan susu pekat 
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar butter
  • Masakkan semua atas api kecil
  • kalau terpekat boleh tambah sedikit susu cair atau susu segar
  • kacau hingga likat dan berkilat,alihkan dari dapur, biarkan suhu panas turun sikit
  • Siramkan atas kek bila dah sejuk

 Resipi Topping/Ganache

 Bahan-bahan
 200gm coklat masakan 
 1 sudu besar susu pekat manis bancuh dengan air jadikan 100ml
 1 sudu teh mentega

Cara membuatnya:

1. Gunakan kaedah double boiler, patah-patahkan coklat masakan dan masukkan kedalam periuk bersama bancuhan susu pekat.

2. Masak sehingga coklat cair dan padamkan api dapur. 

3. Kacau coklat dan masukkan mentega. 

4. Biarkan coklat sejuk dan bolehlah hiaskan diatas kek.



Komen
2 Komen

2 comments:

Eintan Nurfuzie said...

sdpnyeeeeee..

Faarihin Talip said...

Kek cokelat! Memang sedap. Kena masuk blog ni selalu bila nak masak kek ni nanti. >__<

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign