14 July 2016

APA KES NAK MASUK LALUAN ORANG?



kek dan biskut raya yang tu je dapat update buat masa sekarang, wani tertengok gambar ni, macam nak bercerita la sikit, tapi sebelum tu sesiapa yang pernah tengok video pasal bas ekspress langgar beberapa buah kereta dekat lebuh raya, ingatkan highway mana, rupanya di Malaysia, meremang bulu roma tengok cara langgar macam tu, ikut rempuh jer kereta - kereta kat depan, ya Allah takut nya tengok cara bas langgar macam tu.harap harap tak ada lah kemalangan jiwa yang berlaku, laju sangat tengok bas tu, baru tahu berita rupanya bas hilang kawalan sebab ada masalah brek.. 

Tak boleh nak salahkan sesiapa sampai sekarang wani dok terbayang huu dahlah bas besar dari kereta lain,pemandu - pemandu lain tak salah,orang lain buat salah macam tulah kita tak tahu apa yang nak terjadi kat atas jalan ni,hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah untuk memohon perlindungan dariNya.tak buat maintenance ke bas tu sebelum nak gerak.. ikut nak kaut untung jer lebih

Tersentuh isu pasal kemalangan macam ni, musim perayaan macam ni pun atas jalan pun sama lah, musim kereta bersesak - sesak,pemandangan normal la tu namakan raya,semua orang balik kampung. Sampaikan bonda wani cakap kalau raya ni nak duduk rumah tak nak keluar mana - mana sebab dah tahu jalan pun jam,wani pun bagi tahu dah namanya raya macam ni lah bonda, orang balik nak menziarahi saudara - mara di kampung.memang akan jam lah nak buat macam mana.. Maklumlah kan bila jam ni duduk atas kereta dah macam satu hari tak keluar kereta hii..sebab rasa terlampau lama sangat. 

masa ni hari raya yang ke dua..jalan memang packed sangat..Satu je yang paling wani bengang bila atas jalan masa tengah jam ada jer kereta yang lalu kat lorong kecemasan, ingat kamu sorang jer ke nak cepat, tak tengok dah kereta lain pun berderet kat depan belakang, orang macam ni memang wani tak hormat.lepas tu bila dah tak der laluan sesuka hati nak selit celah kereta orang. Macam contoh kat atas ni, kereta ni cuba nak main selit menyelit, nasib abah wani pandai main drooom droom enjin  haaa tak nak bagi kereta ni menyelit masuk laluan kereta wani. Banyak kali jugak tengok kereta ni berusaha nak masuk laluan asal balik, perasan pemandu kereta lain pun tak bagi jugak.biarlah depa lalu sangat kat lorong kecemasan jadi macam nilah, tapi mereka yang gemar guna di laluan kecemasan ni tak terfikir kot,sebenarnya mereka lah penyebab jalan jam. fikir-fikirlah sendiri ya.. 

kot ya nak cepat pun nak gi mana. jam jugak oitt.. ni lalu kat lorong kecemasan tiba-tiba nak selit masuk laluan orang apa kes,, hii bila dah naik angin dah panjang pulak mencoret, sejak wani boleh lesen sampai sekarang wani tak pernah lalu dekat lorong kecemasan , never ever tak pernah buat,,, memang ikut peraturan sungguh hahah.tapi time musim raya macam ni lah kita boleh tengok gelagat pemandu Malaysia yang tidak ikut peraturan,, kot - kot ada yang terbaca ni terasa minta maaf lah ya..

sejak kebelakangan ni isu panas mengenai laluan kecemasan hiii, jadi wani buat lagi isu panas,, lalu kat lorong kecemasan lepas tu nak menyelit bagai,, udah la tu buat perangai macam ni ya ,, kita pun driver atas jalan jugak bukan depa sorang..nak ambil kepentingan sendiri.. sekian.. 




Komen
1 Komen

1 comment:

Nurul Aini said...

sy faham perasaan ini T_T
#followsini

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign