07 June 2016

RAMADAN KAREEM

ASSALAMUALAIKUM...


alhamdulilah selesai sudah 1 Ramadan, hari ini dah masuk 2 Ramadan, semoga diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini, walaupun kadang - kadang permulaan puasa ni macam terlalu letih, mudah - mudahan untuk hari - hari yang seterusnya semangat semakin kuat, biasa permulaan puasa macam ni lah, nanti lama - lama dah ok dah. sana sini dah lama orang mengucapkan selamat berpuasa, wani pun tidak ketinggalan juga

Dalam kesempatan ini, wani ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh ahli keluarga, bonda abah, adik beradik, saudara mara yang dekat dan jauh, sahabat handai, serta sahabat - sahabat blogger, mudah - mudahan ramadan kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya, mudah - mudahan keikhlasan dan  amal ibadah kita diterima Allah. Tidak lupa juga ya saudara muslim kita yang jauh di perantauan, dan juga saudara kita yang masih dalam kemelut peperangan, ya Allah kadang - kadang teringat mereka semua ni, mudahkan urusan mereka ya Allah, walaupun dalam keperitan, untuk menunaikan ibadah puasa dalam keadaan suasana yang tidak sama dengan kita, mereka kuat dengan ujian Allah. Amin..

Bulan ramadan yang menjadi bulan rahmat kepada seluruh umat manusia ni pun tidak menjadi penghalang untuk orang bukan islam berpuasa,wani suka dengar cerita orang bukan islam yang berjinak jinak untuk sama - sama berpuasa, teruskan niat kalian, untuk cuba berpuasa ,mudah - mudahan itu adalah asbab Allah akan membuka sinar hidayah Nya buat mereka. Tak mungkin bukan, siapalah kita untuk menilai mereka sebab Allah lebih mengetahui segalanya, kita pun sama - sama berdoa buat mereka, mungkin ada di antara kawan kita di luar sana sudah menemui sinar cahaya. 

Walaupun hanya dari jauh, tak penah kenal tapi doa ni tak pernah putus, semoga Allah memakbulkan setiap doa kita lebih - lebih lagi di bulan yang mulia ini. 
Komen
2 Komen

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign