10 June 2016

IBADAT YANG IKHLAS KERANA ALLAH



Syukur alhamdulillah hari jumaat yang barakah ni dah masuk 5 hari kita berpuasa, esok dah 6 ramadan. Wani pun dah macam tak tahu apa nak tulis kat blog huu, puasa - puasa ni macam buntu pulak.  hari tu dah kongsi pasal resepi biskut, time bulan puasa ni semua pakat tayang hasil masakan, tapi kena berterima kasih banyak jugak dekat blogger - blogger masakan ni, kebanyakan wani scroll tengok terjumpa jugak menu yang berkenan nak dimasak untuk juadah berbuka ni, save dulu kot kot nanti nak buat hii. Blog sendiri pun kurang dah nak post pasal juadah lauk pauk. 

Sebelum nak tidur, muhasabah diri sekejap, terbaca dalam facebook, kadang - kadang susah kita nak jaga hati kita ni, mudah - mudahan kita dapat kikis sifat ujub dalam diri, risau menjadi parah nanti, renungan buat kita, 


Copy paste dari page facebook berdakwah kerana Allah 


Jangan Bangga Dengan Ibadat Yang Dilakukan!

Jika Allah permudahkan jalanmu beribadat melalui pintu qiamullail, janganlah kamu memandang hina kepada manusia lain yang tidur (tidak qiamullail)..

Jika Allah permudahkan jalanmu beribadat melalui pintu puasa, janganlah kamu memandang hina kepada manusia lain yang tidak berpuasa..

Jika Allah permudahkan jalanmu beribadat melalui pintu jihad, janganlah kamu memandang hina kepada manusia yang tidak keluar berjihad..

Boleh jadi mereka yang tidur (tidak qiamullail), tidak berpuasa, atau tidak keluar berjihad itu lebih dekat dengan Allah berbanding kamu..

Ibnul Qayyim menyebut, 
"Sekiranya kamu tidur malam (tidak qiamullail) lalu kamu bangun pagi dengan perasaan menyesal, lebih baik daripada kamu bangun malam beribadat lalu kemudian pada waktu paginya kamu ujub atas perbuatan kamu tadi. 
Sesungguhnya orang yang ujub itu tidak terangkat amalannya (untuk dinilai dan diberikan ganjaran oleh Allah)." (Madarij as-Salikin, 1/177)

* Pengajarannya, teruskan beramal dengan ikhlas dan buanglah rasa 'ujub dalam diri..
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign