25 June 2016

HADIAH DARI KELAB CINTA KETUHAR

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua

alhamdulillah sudah 10 terakhir ramadan,bila sebut 10 terakhir nak habis puasa ni, semakin sibuk nampaknya. seronoknya tengok kawan-kawan yang lain sudah buat biskut, rajinnya,, wani entah bila nak buat, susah nak datang mood mengukis.. hii.

sehari sebelum Hari Nuzul Al- Quran admin kelab cinta ketuhar ada mesej dekat wani yang pihak nya dah buat pengeposan untuk penghantaran hadiah yang wani menang contest .. sebelum ni, wani pun tertanya - tanya dalam hati jugak dah hantar ke belum sebab lama sangat dah bagi alamat hii ,nak tanya balik admin KCK nanti nampak sangat kita tak sabar nak hadiah :D.. orang nak bagi hadiah mesti la kita ni excited kan... dah la surprise

esok tu dalam waktu tengah hari , ada panggilan tak dikenali masuk, wani angkat tiba-tiba terus tanya rumah kat mana, terkejut den ingatkan apa,, wani tanya balik nak hantar barang ke.  baru la orang tu mengiyakan, ingatkan hari cuti tak adalah penghantaran, rupanya ada. mujurlah tak adalah kita yang tertunggu tunggu pulak .. akhirnya sudah sampai hadiah kat tangan wani, besar sangat bungkusan.


semuanya menyentuh hal baking baking , hadiah set alat baking dan kuali memasak, rasa macam banyak sangat, bertambah gadget baking, entah mana nak letak pun tak tahu nih, rumah dah penuh barang..wani paling risau kalau ada pertambahan gadget baru kat rumah sebab tak ada tempat nak letak barang huu,
ini bukan kes nak mengeluh sebab dapat hadiah, ini mengeluh sebab kes nak simpan barang,, hiii..

rezeki yang tak disangka-sangka , syukurlah dengan nikmat pemberian dari Allah ,, rasa macam tak percaya kot,padahal ramai lagi kat luar sana yang pro lagi baking..


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign