19 June 2016

MENU 12 RAMADAN

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua .. Esok dah nak masuk pertengahan ramadan, sekarang ni masak ikut apa yang hati nak masak, ikut apa yang ada stok ,,tengok dalam peti apa yang ada dalam peti bahan tu lah yang dimasak takkan la setiap hari nak pergi pasar kan.. kadang- kadang terfikir dalam satu hari nak jugak goyang kaki tak masak apa, boleh ke gitu, hii ,, bulan puasa ni memang bulan menuntut pergorbanan yang tinggi, iyalah ,, khususnya golongan wanita berkerjaya, kalau lelaki yang suka tolong masak ni kan lega sikit, asyik orang perempuan je nak masak,, kita pun stress jugak tau,,ini untuk lelaki di luar sana yang ada isteri, kalau sayang isteri tu ringan-ringankanlah tangan tolong kat dapur,hidupkan kena ada toleransi, janganlah serahkan dekat isteri 100 %. Ini bukan tuju kat wani tau haa..wani rasa bulan puasa ni bulan yang masak sedap-sedap, tak bulan puasa tak adalah macam ni . sebab tak bersungguh nak masak sedap hiii

oklah ini adalah antara menu yang wajib wani buat setiap kali bulan puasa, ikan siakap bakar berempah harum ni memang sedap. wani ada buat stok lebih untuk sambal nak salut ikan tu, tumis siap siap dan letak dalam peti.. kan senang, kalau nak ganti dengan ikan lain pun boleh, ikan bawal hitam pun sedap jugak..


Siakap Bakar Berempah Harum

bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi..


daging masak merah ala thai, tapi tak merah pun sebab masa rebus tu tak letak pun pewarna merah.. kalau malas macam tu lah hii.. ini pun antara menu yang sedap jugak sebab selalu buat lagipun resepi sangat mudah

DAGING MASAK MERAH ALA THAI 
Sumber : POTRET KASIH 

300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2
3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
4-6 ulas cili padi  (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
cili merah/ cili hijau untuk hiasan
daun ketumbar ( di hiris )
sedikit minyak

Cara penyediaan 
1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan  cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.



sambal ubi kentang dengan meatball. yang ni tak ada resepi sebab sambal dia tu wani buat macam nak buat sambal tumis ikan bilis lepas tu gaul lah dengan ubi kentang dan meatball yang telah digoreng. mudah-mudahan ada la idea untuk kalian semua untuk  baki ramadan yang ada ni, kadang-kadang dah buntu dah , tengok masakan orang lain dah ala kadar dah makan siap makan roti john ,kuey teow goreng untuk berbuka, wani tak boleh buat macam tu kena makan nasi jugak,, seharian berpuasa ni nak tenaga balik....sekian untuk cerita hari ini
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign