VANILLA & LEMON POUND CAKE

ASSALAMUALAIKUM...


Salam semua 

Sedar tak sedar dah masuk bulan Mei, selamat hari pekerja dan selamat bercuti. Bulan depan dah pertengahan tahun dah. Sekejap nya masa. trafik pun perlahan jer tengok kat blog kalau musim cuti ni..

Wani nak kongsi pertama kali buat pound cake, tapi dah rasa berpuas hati dah dengan tekstur kek ni. Sebabnya walaupun tak ada guna agen penaik, kek pound tetap gebu dan lembut. Macam tak percaya jer. Sebelum itu, tengok juga dekat pinterest, apa la kek pound ni, kalau yang wani tahu
tengok resepi untuk kek pound semua bahan, sukatan mesti sama, berkenan dengan resepi ni terus nak cuba buat. Kek pound biasanya kalau nak bakar dalam loaf pan atau bundt pan. 

Kek ni sangat gebu ulang sekali lagi sangat gebu dan lembut hii.dalam resepi ni wani ada tambah jus lemon, resepi asal tak letak, kalau tambah jus lemon, biasanya tekstur kek lagi gebu dan ada setengah info wani baca kalau nak kek tahan lama letak jus lemon. Tapi yang wani buat ni dalam 2 hari dah habis hii

Tengok vanilla bean yang dah lama tak terusik dalam pantry, itu yang wani ganti dengan ekstrak vanila. Nampak la biji - biji hitam kat dalam kek. Tak puas makan rasa nak buat lagi sekali

Boleh cuba kalau nak resepi yang tak ada agen penaik ni. Pasti tak puas makan. 


VANILLA & LEMON POUND CAKE
SUMBER : Martha

BAHAN-BAHAN
226 gm mentega suhu bilik
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
4 biji telur gred A
2 pods vanilla belah tepi dan kikis ambil biji hitam kat dalam atau nak guna ekstrak vanilla dalam 2 sudu teh
1 1/2 sudu besar jus lemon

CARA-CARA
1. putar mentega dan gula hingga kembang dan ringan.dengan kelajuan perlahan,  masukkan telur satu biji sekali masuk dan putar sehingga sebati
2. masukkan biji vanilla ke dalam adunan sambil putar perlahan
3. masukkan tepung gandum berselang - seli dengan jus lemon dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan nampak sebati
4. griskan dasar loaf pan dengan mentega dan taburkan tepung.tepi loyang tak payah gris. buang lebihan tepung sekiranya ada
5. tuangkan adunan kek ke dalam loaf pan. hentakkan untuk buang gelembung udara dan bakar di dalam oven dalam 50 minit pada suhu 150 C atau ikut suhu oven masing - masing. cucuk dengan lidi sekiranya tak melekat tanda dah masak
6. untuk 15 minit terakhir boleh tutup dengan kertas timah untuk elak permukaan atas hangus
7. dah masak, keluarkan dari oven. biarkan sekejap dalam 5 minit, kemudian lalukan pisau keliling loyang. keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai

Post a Comment

Previous Post Next Post