15 May 2016

CHOCOLATE CEREAL BAR ..MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM...



Sejak post pasal kek buah kukus sedap dah masuk popular post pulak.. Resepi untuk kek buah kukus sedap pun dah naik rating untuk satu anak tangga..nampaknya ramai sangat peminat kek buah kukus di luar sana ya.lebih - lebih lagi dah nak dekat puasa, lepas puasa nak raya pulak. Mesti dah ramai dah buat list nak buat biskut apa masa nak raya nanti. Kek pun tidak ketinggalan. Tetapi kek buah kukus ni pun memang satu hidangan kena letak atas meja juga ni. baguslah rakyat Malaysia ni. planning is priority.. barulah tak kelam kabut kan

Kalau rajin la buat sendiri, kalau order kek buah kukus ni memang mahal, berbaloi la dengan cara masak lagi bukan senang oitt.. 

Wani baru teringat ada gambar yang tak post lagi. Dah lama sebenarnya simpan resepi nak buat nestum coklat yang teramat lah mudah.baru berkesempatan baru - baru ini.wani beli nestum dekat kedai bakeri, sebab pemilik resepi cakap kalau guna nestum yang packaging kuning tu yang biasa kita minum tu,  nestum tu dah ada gula. Kalau gaul dengan coklat takut lagi bertambah manis. Sebab tu disyorkan untuk guna nestum di kedai bakery yang jual.yang wani beli pakej kecil dalam berat 250 gm harga dalam RM 3.40. 

Memang sedap tak terkata, tapi tak boleh simpan kat luar, letak dalam bekas dan simpan dalam peti tiap kali nak ambil dan makan sebab sedap makan time sejuk. rangup lagi.  Time panas - panas macam ni coklat pun nak sejuk. Hii. Buat masa bulan puasa nak makan buat kudapan malam-malam pun sedap jugak. Lagipun caranya amat mudah.

Resepi kat bawah dan terima kasih untuk Puan Masz Muhamad kerana berkongsi resepi coklat yang amat mudah. Gabungan nestum dan coklat memang masuk..wani lebihkan 20gm untuk nestum ,, masih ok jer

CHOCOLATE CEREAL BAR
SUMBER : Puan Masz Muhamad

BAHAN - BAHAN

chocolate compound bar 250gm ( wani guna jenama Beryls )
nestum 150gm ( wani guna 170gm  )

CARA-CARA

1. cairkan coklat. samada kaedah double boiler ataupun guna microwave saja pun boleh.
2. dah cair, campurkan nestum dan kacau hingga rata
3. gunakan loyang 9 x 9 inci,alaskan dengan baking paper dan padatkan dalam loyang ( ikut resepi asal guna loyang 8 x 8 inci )
4. selepas padatkan, potong dulu baru simpan dalam peti sejuk.bila dah keras , boleh patahkan dan simpan dalam bekas.
5. cara penyimpanan letak dalam peti bukan simpan di luar suhu bilik sebab tak berapa sedap

NOTA

kalau suka rasa kaya dengan coklat gunakan dark chocolate. kalau suka rasa lemak - lemak gunakan chocolate compound yang ada milk ( yang ni sebiji rasa macam kit kat )

nestum gunakan yang kosong boleh beli di kedai bakery. kalau nestum biasa tu ada gula nanti bila dah gaul lagi bertambah manis.

boleh juga kalau nak tambahkan kekacang tapi kena bakar dulu sebelum gaul untuk rasa lebih rangup




Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (20) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign