Resepi Biskut Cornflake Rangup Dan Sedap

Resepi Biskut Cornflakse Rangup Dan Sedap | Salam semua, kepada  peminat biskut cornflakes, resepi ini salah satu biskut cornflakes paling rangup, sekali wani dah cuba buat, nanti lain kali kalau nak buat lagi nak guna resepi ni, memang rangup. Agak lama dah tak buat biskut cornflakes, tergerak hati nak buat, sebelum ni dulu - dulu ada pernah buat tapi entah mana dah resepi. Cari dalam internet wani berkenan dengan resepi ini, resepi ni ambil dekat dapur kak azie kitchen.

Resepi Biskut Cornflakse Rangup Dan Sedap

Tak sempat raya dah buat biskut,hii  biskut tak nanti raya pun boleh makan, rajin atau tak je. Tapi kalau nak raya , memang kena sinonim dengan biskut. 

Ada kelainan dari yang wani buat sebab untuk butter dan gula tu wani hanya pukul sampai sebati je dengan sudip kayu, tak adalah sampai kembang. Nak pukul sampai kembang pun boleh tapi takut terlebih pukul pulak.

Kalau terlebih pukul alamatnya, kena main tambah tepung, tak usah la panik sangat ya kalau nampak doh macam lembik sangat, tambah tepung jer, wani cakap berdasarkan pengalaman :). Dan satu lagi badam tu wani sangai dulu , guna yang sliced almond tu.. 

Satu adunan ni banyak jugak, seperti biasa yang wani buat, wani simpan doh lepas adun, kalau bab nak bentuk terus doh biskut ni, akui memang tak sempat sebab ada banyak kerja lain nak buat, jenis orang yang sabar macam ni lah.

Wani simpan macam nak buat icebox cookies, cuma nak potong tu agak keras sikit, kat dalam tu kan ada cornflakes dan badam, kadang - kadang ada yang berderai. Dalam resepi suruh buat bulat - bulat, tapi kita nak main potong - potong. Dah selesa dengan cara macam tu. Terpulang lah kalau nak buat macam mana, wani cuma bagi cadangan sahaja. 

Terima kasih tuan punya resepi. Salin cepat ya boleh buat untuk raya nanti. 

Biskut Cornflakes Rangup
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram mentega
180 gram gula halus
2 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
180 gram Nestle Cornflakes - ramas kasar
50 gram badam cincang ( sangai terlebih dulu )

Bahan Ayak:
210 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara cara:
1. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen. Kacau sebati.

2. Masukkan cornflakes, badam serta bahan ayak. Kaup balikkan. 

3. Ambik sesudu adunan, bulatkan dan atas dulang pembakar yang telah dilenser mentega. 

4. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit sehingga berwarna keemasan.

Nota 
Bakar dalam 20 minit bergantung kepada ketebalan biskut.



Post a Comment

Previous Post Next Post