31 May 2016

BACAAN TALKIN

ASSALAMUALAIKUM...



sumber gambar dari google.. dah lama post ni dalam draft,, bila dengar semalam abah wani bagi tahu yang Ayah Chik ada jemput ke majlis tahlil untuk arwah anaknya sabtu depan, wani baru teringat dah  cukup sabtu depan genap 40 hari arwah pergi. wani teringat yang post ni masih dalam draft.. tapi kami tak  dapat pergi Sabtu depan , mungkin kami sekeluarga akan pergi sebelah malam, semua adik beradik wani balik kampung, lagipun Sabtu depan tu ada majlis .

Baru - baru ini wani banyak mendapat perkhabaran di facebook tentang sahabat - sahabat yang telah pergi meninggalkan dunia yang bersifat sementara ini. Kebanyakan kawan geng masak yang pernah request wani dulu di facebook. Yang seorang tu wani dapat tahu sebab suami arwah mewakili facebook kepunyaan arwah dengan memberitahu status bahawa arwah sudah tak ada. Semoga arwah ditempatkan ke dalam golongan orang yang soleh.Wani terfikir adakah kematian kita nanti akan ada perkhabaran di facebook mungkin diwakili dari ahli keluarga untuk memaklumkan bahawa kita sudah tidak ada lagi di dunia ini. Mungkin ?.

Kita pun bakal menyusul, semoga kita berusaha untuk mempertingkatkan amalan kita untuk dituai di akhirat kelak. Mudah - mudahan Allah mengampuni dosa kita dan terima ibadah kita selama ini.

Sampai sekarang masih terdengar alunan suara tok imam yang membaca ayat bacaan talkin semasa pengebumian arwah sepupu wani dulu.terasa masih baru.kadang - kadang teringat .. Memang diri terasa takut dan gementar  tubuh.. Kalau sebelum ini wani hanya tonton dalam drama tv.. Tapi tidak ada "sesuatu" yang membangkitkan perasaan dalam diri. Kali ini betul - betul depan mata. Menghayati dengan tekun walaupun sekali sekala suara tok imam tenggelam sebab jarak tempat wani berdiri agak jauh sikit.

Wani pernah terbaca cuba gantikan SAYA BIN IBU SAYA.. Dengan nama kita agak - agak apa perasaan kita nanti. 

Tidak ada nak niat untuk menakutkan cuma ingin mengingatkan daripada terus dalam kealpaan apa tujuan kita hidup di dunia ini. Kadang - kadang kita tenggelam sekejap dengan perhiasan dunia yang sementara, tapi untuk terus berada di jalan yang betul kena pandai seimbangkan untuk kehidupan dunia dan di akhirat.ayat  bacaan talkin ni wani ambil dari doa ayat dan zikir, 

Arwah nenek dan atok wani sebelah bonda dah tak ada. Bonda wani baru sahaja kehilangan bapa saudara yang terakhir  iaitu adik arwah atok wani yang telah dijemput pencipta beberapa hari lepas. Bermakna satu generasi adik beradik sebelah atok dah tak ada .. Hanya tinggal adik perempuan terakhir arwah nenek iaitu mak saudara bonda wani. sumber bacaan talkin ni wani dapat kat  SINI

semoga dengan merenung bacaan talkin, kita dapat memahami maksud yang disampaikan ..


Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi
rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign