28 May 2016

DENGGI

ASSALAMUALAIKUM...


Sepatutnya entry ni pos semalam, masalah line barangkali lambat, sampai mengantuk wani huu. 

Syukur alhamdulillah ,dalam tempoh 3 bulan lepas, Semalam hujan yang paling panjang, sebelum asar lagi hujan sampai sekarang malam masih renyai - renyai, sejuk bumi, patut lah rasa pengap je semalam walaupun cuaca nampak tak panas sangat. 

Wani perhatikan dekat popular post entry yang wani pos tahun lepas asyik naik turun sekejap ada sekejap tak ada macam chipsmore pulak hii. Entry pasal RESEPI BISKUT RAYA PERCUMA DARI BUTTERCUP.kalau kalian semua nak tengok boleh la taip kat search tu ya. Ramai yang tengah cari resepi biskut raya sekarang ni..sekarang pun orang dah start nak ambil order cookies.. 

Biasanya, wani pernah dengar cerita, order cookies banyak - banyak, last last masa raya dah tak lalu dah tengok cookies hii. Tak lalu makan katanya, memang akui masa ni memang nafsu tu membuak - buak nak order macam - macam.. Tapi berpada - pada lah ya nasihat jer .. Jangan lah terasa sangat ya.. Heheh.. 

Dah terpesong dari cerita dah, sebenarnya pada 16 Mei lepas, pegawai dari jabatan kesihatan datang kat rumah meninjau kawasan dan sekitar rumah wani dan rumah jiran - jiran yang lain. Pegawai bagi tahu ada kes denggi dekat kawasan ni, sebab tu mereka datang nak buat spot check. rasa memang dah lama dah pegawai dari jabatan kesihatan tak datang kawasan kampung ni, adalah dalam mula awal tahun 2008 masa tu wani baru jadi penduduk kawasan kampung Seterpa.

Lama tu.. 2016 datang balik,kes denggi amat membimbangkan, lebih lagi time musim panas macam ni. penyakit macam ni sepatutnya ada pencegahan dan kesedaran daripada orang ramai, apabila diberitahu nanti nak kena semburan nyamuk atau fogging, kawasan rumah wani kena, mereka ada tinjau kawasan sekeliling, selepas bonda wani bagi tahu jiran sebelah ada kebun kelulut, kelulut tu kenal kan, jiran sebelah wani ni memang buat kebun kelulut, banyak betul sarang kelulut,dia cakap tak apa boleh sembur sebelah sana sikit. 

Lewat petang tu, wani dah mula dengar bunyi bising, emm dah mula dah, rumah jiran depan dia buat, dan sekitar beberapa rumah yang lain. lama tunggu, wani rasa pelik kenapa tak datang kat kawasan rumah wani, dah nak pukul 7 dah tak datang jugak, wani dah suspek mungkin sebab ada kelulut jiran tu, dia tak berani buat, nanti mati habis la kelulut jiran tu,, kelulut kan sejenis serangga, malam baru kelulut masuk sarang. 

Ingatkan nak fogging la jugak kat kawasan rumah, kalau fogging tu, paling tidak pun biarlah nyamuk - nyamuk yang berkampung kat kawasan rumah ni tak ada..tak buat jugak lah akhirnya. Nak buat macam mana kan. Wani pun tak sangka sampai tak boleh nak buat semburan nyamuk.. Tapi syukur alhamdulillah buat masa ni family wani tak ada kena lagi dengan denggi, minta dijauhkan, cuma yang pernah kena adik wani seorang tapi kena tu masa kat KL, bukan kat rumah sini. Wani diberitahu, kalau nak buat semburan nyamuk kena ada kebenaran dari tuan rumah, kalau tuan rumah tak bagi tak boleh buat semburan nyamuk. 

Sekian untuk  cerita hari ini, selamat bercuti.. 




Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign