22 May 2016

BULU MATA PANJANG

ASSALAMUALAIKUM...


ada sesiapa kat sini bulu mata panjang tak, dah macam nak buat iklan mascara pulak ... tapi entry tiada kaitan dengan iklan mascara heheh...pernah rasa tak bulu mata panjang menyeksakan ke atau nampak cantik. setengah orang kata eh.. eh mesti cantik ..ada ke orang cakap seksa ada bulu mata panjang ,, ke wani seorang yang cakap macam tu :D adoiyai.. .. kita manusia ni, kalau nak cakap ikut kepuasan masing-masing. ada la yang tak puas dengan ciptaan Allah bagi dekat kita kan.. yang bulu mata pendek nak dipanjangkan.. yang bulu mata panjang pulak nak dipendekkan .. macam mana tu..sekarang ni macam-macam produk di pasaran produk nak panjangkan bulu mata... alahai..

kalau tengok bonda dan abah wani bukan jenis bulu mata panjang.. wani tak cakap diri sendiri ada bulu mata panjang,, sampai la kawan cakap panjang nya bulu mata..  baru kita check depan cermin betul ke kita bulu mata panjang,, kalau ada orang terrrsebut.. maknanya itu betul lah tu walaupun kita sendiri pun tak perasan hiii..syok sendiri ke ..eh  taklah..

dalam 3 hari lepas wani rasa dalam mata wani ni macam masuk sampah,, check punya check la patut la,  bulu mata masuk dalam mata , tapi bulu mata tu ia tumbuh tak selari dengan bulu mata lain, ke bawah sikit hampir dengan mata tapi bila panjang sikit ekor bulu mata tu masuk dalam mata..tersentuh dengan mata,  punya lah tak selesa wani dalam 3 hari tu,, bayangkan macam mata kita masuk habuk ke, macam tu la .. tuhan saja yang tahu..


masa tu mula la wani rasa merungut kenapa la bulu mata panjang sangat huu.. kan susah sikit.. Allah baru nak uji sikit.. dah bersungut,, mula la fikir nak cabut bulu mata yang cacat ni, nyaris nak pergi klinik sebenarnya ..

akhir sekali wani pergi pinjam dengan abah wani satu set alat ni, korang patut ada tau satu set alat ni,,emergency kit jugak ni.. Bukan alat make up ya hii.. sekali tengok macam alat bedah kan,, siap dengan mini pisau, kalau tertusuk selumbar dalam isi, memang ada alat kat sini nak menarik keluar duri halus. Wani Kena mengadap cahaya  waktu siang baru nampak sambil tarik - tarik kulit bahagian mata.. Mesti korang gerun huu ..baca bismillah banyak banyak ,wani mulanya gerun tapi keberanian datang jugak..wani kepit guna alat kat atas ni.. 

Nak suruh bonda wani tolong tengok dia tak berani, terpaksa buat seorang, cubaan demi cubaan nak cabut sebab dah mudarat sangat, akhirnya tertanggal jugak. Ya Allah lega rasanya, baru selesa nak berkelip mata. Kalau korang tak berani pergi klinik, bonda wani ada cerita kawan dia dulu - dulu ada pernah masuk bulu mata dalam mata, nak tahu doktor buat macam mana, habis dia pergi cukur bulu mata tuh.merah mata kawan bonda lepas balik klinik . Tak boleh nak bayang nampak macam mana mata sebab bulu mata  tak ada huuu....tapi tumbuh balik la..

Dilemma bulu mata panjang macam ni lah.. Tapi gerun sikit sebab main dengan kawasan mata nih.. 
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (20) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign