03 April 2016

MENTEGA , MARJERIN DAN LEPA SUSU

ASSALAMUALAIKUM..


Ohh melopong la mulut baru tahu, biasa wani guna buttercup paling ekonomi untuk baking, nak guna yang mahal - mahal pun tengok budget jugak.Patut la kalau kita baca resepi ada sebutkan guna mentega siap ada brand kan macam contoh SCS,Tatura butter,anchor, yang itu contoh pure butter. nak menghasilkan lagi sedap macam contoh kek buah kukus, Tapi guna buttercup pun dah boleh dah, banding guna marjerin tu lagi la tak sedap, siapa - siapa nak guna paling ekonomi guna lah buttercup, wani memang pengguna setia buttercup, buat brownies pun dah jadi dah kedut - kedut, sebab orang cakap nak buat brownies ni kena guna bahan berkualiti baru jadi kedut - kedut. 

Tak apalah orang kata kalau nak lagi sedap guna lah pure butter. Yang penting kita masak atau baking ikhlas dari hati, insyaAllah yang tak branded sangat pun hasil nya pun sedap la jugak. Buat biskut pun dah sedap dah guna buttercup ni

Sumber info ni dari PUAN KHATY KAY di facebook . terima kasih , nak panjangkan kat sini dan nak simpan kat blog

 Posting KK sebelum ini banyak dapat pertanyaan. Rupanya ramai masih tidak tahu membezakan MENTEGA dan MARJERIN. Atau apa itu MARJERIN dan MENTEGA.

Ok hari ini KK nak kongsikan sedikit info untuk semua secara ringkas dan senang difahami. Contoh boleh lihat digambar ye. Sebelum ini KK dah sharekan digroup2 mungkin ramai yg terlepas pandang atau tidak di group tersebut. So kita share di page pula. Semoga bermanfaat pada semua dan membantu pada mereka yang baru nak berjinak2 dalam dunia baking.

KK bukan hanya akan terangkan tentang mentega dan marjerin tetapi juga lepa susu dan shotening.

Apapun semuanya adalah asas lemak dan minyak. Jadi semua boleh digunakan. Jangan terbeban dengan penjelasan. Cuma terhasil end produk yang berbeza dari segi tekstur dan rasa.

1. MARJERIN

Marjerin adalah mentega buatan yang diperbuat dari minyak sayur, minyak kelapa sawit, atau minyak haiwan. Marjerin juga mengandungi susu saringan, garam dan pengemulsi. Marjerin mengandungi lebih banyak lemak berbanding mentega, sehinggakan marjerin lebih banyak digunakan sebagai pengganti mentega. Ada juga marjerin "rendah kalori", yang mengandungi lemak lebih sedikit. Juga mempunyai warna yang lebih kuning Lihat gambar untuk contoh.

MENTEGA (BUTTER)

Mentega atau orang kita panggil butter  adalah makanan produk susu, dibuat dengan campuran krim yang didapat dari susu. Biasanya digunakan sebagai sapuan pada roti dan biskut,  sebagai kandungan lemak dalam beberapa resepi roti dan masakan, untuk rasa yang lebih lemak dan mewah dan kadang-kadang bahan untuk menggoreng. Pengganti mentega ialah marjerin, yang biasanya lebih murah.

Mentega akan tetap padat walau pada suhu bilik.
Lihat gambar untuk contoh.

LEPA SUSU

Lepa Susu pula adalah gabungan marjerin dan butter yang diperkayakan dengan rasa seperti buttercup , vitalite dan banyak lagi. Selalunya digunakan untuk sapuan roti atau makanan selerti skon dan sebagainya. Lihat gambar untuk contoh.

#infobahankk

1. Oleh kerana jenama buttercup mempunyai perkataan butter ramai ingat ianya adalah butter. Yang mana tidak juga salah kerana kadungannya campuran butter. Tetapi bukan pure butter.

2. Menggunakan pure butter menghasilkan biskut dan pastry yang lebih rapuh dan kek yang lebih sedap dari segi rasa dan tidak dapat disangkal menghasilkan aroma yang sangat lemak dan sedap.

3. Membuat kek menggunakan butter keseluruhan ada kalanya menghasilkan kek yang agak kering dan ada kala tekstur sedikit berderai. Dari pengamatan KK sepanjang membaking. Sebab itu ada resepi memerlukan penambahan beberapa sudu susu untuk kelembapannya.

#solusiyangkkgunakan
Utuk butter cake yang moist. Cara KK adalah menggunakan buttercup yang sememangnya punya campuran butter untuk rasa dan marjerin untuk moist. Atau 3/4 sukatan butter campur 1/4 sukatan marjerin atau minyak.

LEMAK SAYURAN (SHORTENING)

Shortening dalah minyak atau lemak dari tumbuhan terutama pokok minyak. Sama seperti marjerin cuma ianya tidak berwarna. Digunakan dalam membuat pastry dan sebahagian roti. Selain berfungsi untuk melembap , ianya juga menghasilkan pastry yang lebih rangup dan rapuh. Juga dikenali sebagai white butter walau sebenarnya marjerin. Boleh juga dicampurkan dalam pembikinan membuat butter cream. Untuk hasil lebih pejal dan stabil. So ketika proses paip ke atas kek ia tidak mudah cair dan lembik.

KRIMWELL

Untuk pengetahuan. Krimwell sebenarnya adalah jenama bukan nama bahan tersebut. Tetapi disini bahan ini dikenali sebagai krimwell. dik beradik shortening tetapi lebih ringan dan kurang berminyak serta tidak tepu. Berbanding shortening yang mengandungi lemak. Krimwell hanya mengandungi minyak tumbuhan tidak lemak sperti dari Kelapa Sawit dan Bunga Matahari. Sesuai sebagai frosting.

HARAP INFO DIATAS MEMBANTU.

#infobahankk
Komen
1 Komen

1 comment:

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign