KUIH TAKO



Musim panas macam ni nak cari kuih yang boleh letak dalam peti dan makan sejuk - sejuk.dulu ingatkan kuih ni macam kuih tepung pelita, tapi tak. Kiranya boleh panggil sepupu kuih tepung pelita lah. Sebab penggunaan bahan yang berlainan walaupun nampak serupa kan. kali pertama buat dulu wani ada letak sengkuang, tapi tak berapa masuk dengan tekak sebab macam lapisan bawah tu berair disebabkan sengkuang letak dalam tu. 

Kali ini buat lapisan bawah letak aprikot kering, macam pelik tapi itulah hakikatnya hii..masuklah la jugak telan rasa masam manis pulak bila gigit. Terpulang kalau tak letak kira ok jugak, tapi memang orang letak sengkuang ke. Dalam resepi kak azie ni dia letak buah pear. 

Boleh la nak buat berlainan dengan kuih tepung pelita tu. Sebab yang ni guna tepung hoen kwe. Lagi satu nak ingatkan tepung hoen kwe yang wani guna,  warna putih, pewarna hijau tu wani dapatkan dari air daun pandan. Memandai tambah, tak kisahlah. Adunan ni wani buat 2 kali adunan sebab yang resepi asal macam sikit

Sesuai juga untuk bulan puasa nanti.

Kuih Tako



Lapisan Bawah:
25 gm tepung hoen kwe hijau @ 3 sudu besar
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (saya guna buah pear)

Lapisan Atas:

25 gm tepung hoen kwe putih  
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air 
Secubit garam 


Cara cara:
Susun kotak pandan atas tray. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi. Saya gunakan bekas plastik sahaja.

Satukan semua bahan lapisan bawah dalam kuali dan masak atas api sederhana sambil mengacau hingga ia meletup-letup dan pekat, terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi. Ketepikan.

Kemudian buat pula lapisan atas. Satukan semua lapisan atas dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup-letup kecil, tu terus tutup api.

Pastikan lapisan bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih. Tuang dari bahagian tepi dulu supaya ia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.

Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap!


Post a Comment

Previous Post Next Post