26 April 2016

KELCHEF 2016

ASSALAMUALAIKUM.....


KELCHEF 2016 kembali lagi untuk tahun ini. Satu port  yang bagus untuk peminat - peminat makanan nak serbu. Masih ingat lagi kali pertama KELCHEF dianjurkan pada tahun 2010. Masa tu kali pertama sangat meriah dengan persembahan akrobatik dari China tapi buat dalam stadium tertutup, nak masuk kena bayar tiket la, ada pameran dan sejarah dari China serta makanan dari China yang dimasak oleh chef dari negara China. 

KELCHEF tiap - tiap tahun ada, lama - lama ada penyertaan dari negara jiran. Selalunya buat sebelum ramadan. Tapi tak macam yang pertama kali KELCHEF dianjurkan. Masa tu arwah Tok Guru masih ada. Tahun  lepas pun tak pergi, tengok ke gambar dari page rasmi nampak meriah. Jom yang mana ada kelapangan tu, pakat pergi ramai - ramai walaupun cuaca panas membahang. Huu pastinya meriah juga. Bermula pada hari ini sampai 30 April 2016. Masa pada pukul 10 pagi hingga 11 malam. 



Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign