CUACA PANAS MEMPENGARUHI EMOSI KITA

ASSALAMUALAIKUM...


Salam jumaat.. Dipetik dari facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad. Inilah yang dapat wani rasa sekarang dan wani pasti orang lain pun menerima kesan yang sama kan.. Dengan cuaca yang panas membahang tidak semua emosi orang stabil. Sama - samalah kita bersabar atas ujian Allah ini. 

Pernahkah kita mengalami perubahan  emosi yg mendadak seperti mudah menangis, tersinggung, sedih atau marah? Selain pengaruh hormo, kita mungkin mengidap Seasonal Affective Disorder (SAD).

Ia adalah jenis kemurungan yang mengikuti pola cuaca. Cuaca memainkan peranan besar dalam menentukan ketenangan diri. Ramai yang mengalami perubahan mood yang serius berkaitan  perubahan musim atau cuaca.

Gangguan ini umumnya terjadi di musim panas, apabila kita mengalami dehidrasi. 

Cuaca panas akibat sinaran matahari yg kuat mempengaruhi  tahap melatonin dan serotonin, dua neurotransmiter di otak. Serotonin memiliki kesan  menenangkan pada seseorang. Perubahan tahap melatonin mengganggu "biological clock" dalam diri seseorang.

SAD akan menyebabkan gejala seperti perasaan putus asa, tak berdaya, tak berharga, cemas, kehilangan tenaga, tidak mahu bersosial,  banyak tidur, hilangnya minat dalam aktiviti luar,  dan perubahan selera makan. Kesan selanjutnya, seperti sukar fokus pada pekerjaan, lemah dalam pengolahan informasi, dan lekas marah. 

Oleh itu perlu minum secukupnya. 3L sehari di musim panas.

Post a Comment

Previous Post Next Post