19 April 2016

BISKUT PREMIX OAT 2 ( VERSI ICEBOX COOKIES )

ASSALAMUALAIKUM...


3 hari jugak tak buka blog ni. Nak taip pun macam dah kekok dah.. Tu tak tinggal sebulan dua lagi.. Kaku terus barangkali huu. Wani tengok kat popular post apam gula hangus dah naik no satu dah. Apam tu sedap kalau makan time baru keluar kukusan tu lagi sedap.. Dah lama tak mengapam, sebab wani lebih suka makan time apam baru keluar kukusan .. Bila dah sejuk kurang makan pulak. Tapi bukan tak sedap ya, takut tekak orang lain yang dah sejuk pun sedap juga makan. 

Nak berkongsi icebox cookies, macam dah jadi signature cookies wani pulak dah ni hii.. Wani rasa yang ni la paling senang. Dah malas dah main terap - terap. Tapi itulah bentuk biskut sama la, bulat sebab gulung bulat - bulat. Ingat nak main buat bentuk segitga ke , empat segi ke,, tapi bila gulung jadi bulat  jugak. :D Tak apalah asalkan jadi biskut kan.

Resepi masih sama, sebab ada banyak lagi tepung premix oat yang nak dihabiskan, wani tak tahu nak buat apa dah lagi, nak buat kek hold la dulu, jadi buat la icebox cookies lagi sekali cuma tambah kismis hitam dan aprikot kering yang dicincang halus. Ni pun kes nak habiskan buahan kering jugak. Dan sebenarnya juga nak tengok bila potong nampak cantik macam ni, dah macam ada kejutan  bila potong hiii.. 

Nota kat bawah panjang meleret, takut orang tak faham,hii  bukan senang nak dapat potongan cantik macam ni, kerja pun kena cepat tapi puas hati lah. Cuma kena hati - hati part buang plastik dekat setiap potongan biskut tu. Setiap kali buat biskut jenis ni, memang wani simpan semalaman doh dalam peti

resepi dari Puan Kathy Kay , tapi wani dah olah jadi versi icebox cookies. resepi yang versi sebelum ni kat SINI


BISKUT PREMIX OAT ( VERSI ICEBOX COOKIES )
SUMBER : FACEBOOK PUAN KATHY KAY

BAHAN-BAHAN
1 cawan butter lembut atau 226 gm
1 cawan gula perang ( ganti dengan gula halus ) 
1 biji telur
3 cawan oat (dikisar)
1 cawan kismis/ coklat chip ( tak letak )
 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh emplex ( perangup biskut )  (tak letak)

1 sudu teh esen vanila
garam ( tak letak )

CARA-CARA
1. mix butter dan gula hingga berkrim dan pucat sedikit. tak perlu kembang
2. masukkan telur dan esen vanila. mix setakat sebati
3. masukkan bahan-bahan kering dan ramas-ramaskan sebati . jangan uli kerana biskut akan jadi liat dan keras
4. bulatkan dan leperkan sedikit, sukat guna sudu sukat 1 sudu besar. atas saiz masing-masing
5. bakar pada suhu 170C lebih kurang 20 minit atau sehingga perang.atas oven masing -masing.guna fungsi kipas jika ada untuk masak lebih sekata dan rangup

Lepas keluar dari oven terus sejukkan atas redai besi. ini penting untuk biskut yang rangup supaya wap air tidak menyerap dalam biskut.setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara

NOTA
Doh biskut boleh frozen.bila nak guna, keluarkan dan biar suhu bilik dan proses seperti biasa.andai biskut lemau juga boleh bakar seperti biasa


VERSI ICEBOX COOKIES* Lepas siap adun doh, boleh buat cara macam wani biasa buat ambil cling wrap, tekan-tekan doh secara memanjang ikut ukuran cling wrap dan gulungkan, kemaskan kedua-dua hujung bahagian. simpan dalam peti dalam beberapa jam, kalau tak nak bakar lagi.dapat dalam 2  setengah gulung panjang..kalau simpan doh dalam peti bawah, potong doh dengan pisau yang tajam, jangan lama-lama sangat kat luar, takut doh jadi lembik..

Cara wani, kalau boleh jangan unwrap doh biskut dari cling film, potong terus sekali dengan cling wrap bagi mengelakkan doh berderai, lagipun kalau buang plastik main sentuh doh dengan tangan ni, doh jadi cepat lembik dan permukaan pun dah tak cantik sebab tangan kita ni ada haba.jadi buat kerja kena cepat, jangan keluarkan doh biskut yang dah digulung dari peti tinggal kat luar lama - lama, ambil setiap satu gulung setiap kali nak potong, nanti nak susun doh atas loyang buang cling wrap yang ada pada setiap potongan


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign