AMERICAN CHOCOLATE CAKE ( PALING MOIST )

ASSALAMUALAIKUM...



Salam semua

Kat luar panas lit lit.. Hari ini dah masuk 1 Rejab..syukurlah ya ..dah lama nak masuk bulan puasa.. Kaum hawa dah berganti puasa ke belum.. Hiii.. Saja nak bagi peringatan sesama kita,Bagi yang berpuasa sabar lah ya, maklumlah musim panas macam ni memang dugaan 

Rasa dah lama tak buat kek coklat, ciri - ciri kek coklat kesukaan wani, tekstur mesti lembap, sebab tak berapa suka yang kering.. Tak letak topping tak apa asalkan tekstur kek lembap.. Kalau letak topping lagi bertambah sedap.. Banyak juga variasi kek coklat, macam - macam kat internet sampai tak tahu nak ambil yang mana satu, wani bukannya tak pernah tayang pun kat sini .. Dah macam - macam jenis jugak. Hiii

Tapi itulah selagi nak bereksperimen kerjanya, selagi itulah membaking.tip untuk kenal kek ni lembap ke tak, senang jer, potong keesokan hari selepas baking, baru tekstur kek moist. Wani selalu buat macam tu, tak la potong terus, masuk dalam peti dulu 24 jam, esok potong.. Sebab kalau potong selepas bakar tu, masih tak terasa lagi kecoklatannya, tak nak buat tak apa.. Haa tak semua orang boleh ikut wani pun.. Tapi kalau simpan sehari lagi la punya heavenly chocolate cake.. 

Berkenang resepi ni sebab lebih kurang macam kacau adunan coklat dalam periuk kan,,tapi yang ni tak ,terus masukkan dalam bekas, dan kacau guna mixer.. Wani rasa dah puas dah nak main kacau dalam periuk tuh hii.walaupun senang jugak.kalau rasa tak nak main kacau dalam periuk tu boleh la bertukar macam resepi ni.. Panas lit lit ni memang sedap kek coklat dimakan sejuk - sejuk. 

Resepi yang dah olah kat bawah tapi masih guna 2 biji telur, buat separuh takut tak habis. resepi paling atas ni resepi asal.kek coklat mudah macam ni la sesuai nak hidang atas meja semasa Hari Raya kan..  Tq, panjangkan kat sini. 

AMERICAN CHOCOLATE CAKE
SUMBER: FIZA

Bahan A 
2 Cawan Tepung Gandum 
¾ cawan serbuk koko 
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
2 cawan gula kastor
2 biji telur – Gred A
1 cawan susu segar 
1 cawan minyak jagung 
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
1 sudu teh Nescafe
1 cawan air panas

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170’c dan lengserkan Loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas. 

2. Ayak tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan seketika.

3. Masukkan semua bahan B kedalam mangkuk pengadun dan putar seketika hingga semua bahan bercampur.

4. Masukkan pula tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit kedalam bahan B dan kacau hingga sebati.

5. Seterusnya masukkan bancuhan air nescafe dan kacau rata.

6. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar dalam 45minit atau sehingga kek masak.

Ada berbagai resipi topping mudah untuk dicuba, tetapi untuk American Chocolate cake ini saya gunakan resipi topping ini.

 Resipi Topping/Ganache

 Bahan-bahan
 200gm coklat masakan 
 1 sudu besar susu pekat manis bancuh dengan air jadikan 100ml
 1 sudu teh mentega

Cara membuatnya:

1. Gunakan kaedah double boiler, patah-patahkan coklat masakan dan masukkan kedalam periuk bersama bancuhan susu pekat.

2. Masak sehingga coklat cair dan padamkan api dapur. 

3. Kacau coklat dan masukkan mentega. 

4. Biarkan coklat sejuk dan bolehlah hiaskan diatas kek.



AMERICAN CHOCOLATE CAKE ( half from original recipe ) 

BAHAN A
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko (serbuk koko berkualiti lagi sedap contoh van houten & hershey)
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda

BAHAN B
2 biji telur
1 1/4 cawan gula halus
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanila

BAHAN C
1 sudu teh nescafe ( sudu biasa )
1/2 cawan air panas


Cara membuatnya:

1. Ayak tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan seketika.

2. Masukkan semua bahan B kedalam mangkuk pengadun dan putar seketika hingga semua bahan bercampur.

3. Masukkan pula tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit kedalam bahan B dan kacau hingga sebati.

4. Seterusnya masukkan bancuhan air nescafe dan kacau rata.

5. Griskan dasar loyang bulat 8" dengan mentega  ( kat tepi loyang tak payah gris ) dan taburkan serbuk koko, terbalikkan dan hentakkan untuk buang lebihan serbuk koko

6. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dalam 40 minit di dalam oven yang telah dipanaskan suhu ikut oven masing-masing atau sehingga kek masak atau cucuk dengan lidi, kalau dah tak melekat tanda dah masak

7. Keluarkan, biarkan  sekejap dalam 5 minit, boleh ambil pisau, lalukan sekeliling loyang kek, telangkupkan atas redai, biarkan kek sejuk sebelum tuang topping. Tapi hati - hati, loyang masih panas

NOTA
Untuk topping wani hanya cairkan dark chocolate compound dan tuang atas kek 

Nak lagi moist kek, lepas siap topping simpan semalaman dalam peti, esok baru boleh potong lagi terserlah kelembapannya. Lagi lama simpan lagi moist

Kek agak crack sikit tapi tak apa keluar oven terus kecut sikit,lagipun nak topping. Telangkupkan kek atas pinggan tak nampak crack dah



1 Comments

  1. sedapnya wani, resepi pun nampak mudah, nanti kak ana nak cuba lah, tq dear.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post