27 April 2016

AL FATIHAH

ASSALAMUALAIKUM...


Hari Selasa lepas, wani dikejutkan dengan berita kemalangan sepupu wani. Kejadian berlaku di Pasir Mas. Abah wani petang lepas asar tu terus pergi di Hospital Lati, Pasir Mas.Selepas menerima panggilan telefon dari Ayah Chik. Bonda bagi tahu. Dalam masa yang sama Wani masih dalam keadaan terkejut, arwah masih muda berusia 17 tahun, tapi Allah lebih menyayangi. 

Lepas maghrib baru abah balik dari hospital, tunggu sembahyang isyak, kami bertolak ke rumah Ayah Chik, sampai sana jenazah sedang disolatkan di masjid berhampiran. Sebab wani dengar bunyi takbir tanda solat jenazah baru saja bermula. Ayah Chik dan Che Ma tak ada kat rumah sebab sudah ke masjid. Hanya ada kakak arwah,  mak saudara pun ada dan saudara mara terdekat. Suasana pun sunyi sepi. :(

Ikut rancangan ingatkan sempat nak jumpa dengan Ayah Chik  dan Che Ma kat rumah tapi tak sempat, sangat cepat pengurusan jenazah kat sini. 

Kami pun follow kereta pakcik saudara Wani terus pergi ke tanah perkuburan Lundang. Sampai sana pun van jenazah dah ada, ya Allah cepatnya.. Usai tiba di sana, jenazah dah dikebumikan, nampak abang arwah tengah meratakan tanah kering dengan cangkul sementara tunggu bacaan  talkin.wani tercari - cari  Che Ma kat mana. Sebab malam tak berapa nampak muka. 

Dan lepas itu baru wani perasan nampak, nak pergi dekat pun biarlah dulu, sebab Che Ma masih dalam keadaan bersedih, perasan mata bengkak, tak banyak bercakap. Kita tak duduk di tempat dia kita tak tahu, :( dengan tiba - tiba kehilangan seorang anak yang selama ini 17 tahun duduk dengan kita, mana taknya tak sedih. 

Semoga Ayah Chik dan Che Ma  serta keluarga bertabah dan sabar di atas segala dugaan yang Allah berikan, mungkin Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Ada hikmah di atas segalanya.redha dan terima segala ketentuan qada dan qadar Allah. Sama - sama sedekahkan Al fatihah untuk arwah adik NIK MUHAMMAD AIMAN. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ke dalam golongan orang - orang  yang beriman dan soleh. Allah lebih menyayangi mu ... Semoga arwah tenang di sana. 




Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign