01 April 2016

KISAH SEORANG PAKCIK TUA



scroll tengok  gambar dalam folder phone, masih simpan lagi gambar ni, tiba - tiba teringat dekat pakcik ni.. berkopiah putih, berbaju lusuh, sambil berjalan pun tangan terketar-ketar, terfikir takut sakit parkinson tu.. sebab terketar-ketar, selalunya pakcik ni sentiasa duduk depan pintu bank mesin ATM, yang ni dekat bank Pasir Tumboh, duduk bersimpuh, mungkin kaki dia sakit.. kat depan atas lantai, ada minyak wangi attar dalam botol kecil yang biasa orang bawa balik dari Mekah

 setiap kali lalu nak masuk kat mesin ATM, mulalah pakcik ni bagi salam "Assalamualaikum" dengan suara yang perlahan tapi jelas bunyinya, sambil menagih simpati.Atas rasa simpati wani hulur jugak, kalau bagi wang kertas, dalam tangan terketar- ketar cuba nak sambut apa yang kita bagi, kadang- kadang, wani letak kat tangan dia, sampai dia boleh pegang dan terus pakcik ni masukkan ke dalam poket baju melayu dia, wani terpandang ada satu bekas untuk duit syiling, mungkin kalau duit syiling letak dalam bekas tu..

minyak wangi kat depan tu dia nak bagi kat kita, sekiranya ada orang hulurkan sikit, terus dia tunjuk kat minyak wangi tu suruh ambil, tapi wani tak ambil pun.. wani tolak dengan elok..

lepas tu wani terpandang pula pakcik ni dekat bank-bank sekitar Kubang Kerian, dekat Maybank pun pernah terserempak, dekat Bank CIMB pun pernah,banyak kali terserempak dengan pakcik ni,, kadang-kadang terfikir jugak macam mana dia boleh datang,dari Pasir Tumboh tu kena naik kereta lah ya tak boleh jalan-jalan..walaupun dalam 30 minit sampai naik kereta.   ya la kalau nak fikir tak berapa nak baik,, sekarang ni pun macam-macam sindiket.. takut guna orang-orang tua nak minta sedekah,, tapi wani suka tengok air muka pakcik ni. entah kenapa..

sekarang tengok gambar ni ,, jadi teringat kat pakcik ni,, dah lama tak nampak,, mudah-mudahan Allah pelihara dia dalam keadaan baik-baik sahaja walaupun hanya pakcik ni menagih simpati orang ramai.. tapi wani dapat rasa dia sakit.. :(

kadang-kadang Allah aturkan kita bertemu dengan insan yang tidak pernah kita kenal,walaupun hanya kebetulan,  tidak kira darjat tinggi ke rendah ke , banyak pengajaran yang boleh kita ambil,macam  salah satunya perasaan bersyukur, bersyukur , kita masih diberikan rezeki yang baik, bersyukur kita masih disayangi oleh keluarga kita.... dalam peringkat usia pakcik ni ,, rasanya ,, memang kena ada bersama anak-anak.. bersyukur kerana kita telah diberikan kesihatan yang baik..

Tetapi kita jangan lupa hidup jangan sentiasa memandang ke atas, pandanglah ke bawah untuk rasa perasaan bersyukur..

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign