05 March 2016

RUSSET MASHED POTATOES NOXXA ( SEDAP )

ASSALAMUALAIKUM....


hujung minggu macam ni mesti macam-macam benda nak masak kan.. dah agak lama jugak tak buat mashed potatoes ni.. kalau rindu buat la jugak,, kali ini dah mudah dah tak macam dulu.sebab buat dalam noxxa. mashed potatoes ni memang favorite abah wani,, memang suka sangat la dia dengan mashed potatoes,,berbaki lagi kentang putar keesokannya tu pun abah yang tolong habiskan... wani setakat ambil pun dalam 3 scoop aiskrim tu kan, rasa macam dah tak boleh nak masuk perut dah.. biasanya kalau tukang masak bukannya lalu nak makan tapi bila tengok orang lain makan apa yang kita masak pun dah rasa kenyang,, ada ke orang macam tu hiii..  biasanya wani buat nak makan untuk dinner,, light dinner la kononnya..tak ada salad pun buat kentang putar je..

ubi kentang yang sesuai nak buat kentang putar adalah ubi kentang russet, sebab ubi kentang jenis ni meresap dengan cepat mentega dan susu. dan rasa ubi kentang tu pun sedap.. walaupun agak mahal sikit.. tapi ada lagi yang lebih mahal,  haa berbaloi la buat sebab sedap. kali ini guna dalam 6 biji..tu pun dah banyak..dalam gambar ada 7 biji .sebenarnya guna 6 biji jer,,

wani tunjuk guna  periuk noxxa lah ya.. 15 minit tu pun dah boleh lenyek lunyai dah, kalau lenyek betul-betul..makan semasa tengah warm tu sedap sebab masih fresh

untuk resepi yang wani guna ubi kentang biasa boleh tengok SINI. resepi kat bawah. kentang putar yang paling sedap bila tak tambah apa-apa ..plain jer macam KFC tu kan,, ada setengah resepi tambah mayonis,, ada resepi kalau nak terasa herba, tambah oregano,parsley kering ..italian herbs dan macam-macam lah.. yang ni style wani buat kentang putar,, dulu rajin jugak main tambah mayo.. bila puas rasa tekak nak yang plain pulak.. hii





CARA MEMILIH KENTANG:
dapat info ni dari MAMAK HAJI . kalau sesiapa masih tak tahu cara yang betul nak pilih ubi kentang, boleh la baca kat bawah.

Pilih kentang yang berpermukaan rata, elakan yang retak dan tumbuh tunas. Jangan pilih yang kecut, lembik atau berubah warna dari warna asal. Kentang yang segar anda boleh lihat dari kulit yang mudah terkopak. Kebanyakan nutri kentang berada dibawah kulit (dengan sebab ini orang India masak kentang dengan parrupu bersama dengan kulitnya sekali hahaha!). Bila nak buang kulit, anda perlu kopek kulit kentang senipis yang boleh. Sekiranya terdapat tompokan hijau, dipotong buang kerana dikhuatiri bahagian itu telah diserang kulat. Adalah dikatakan 200 jenis kentang yang berlainan.

Di negara kita kebanyakan kentang adalah berasal dari Cameron Highland dan diimpot dari Indonesia. Ada juga kentang diimpot  dari Holland dan Australia. Jenis kentang impot seperti, “russet” , ini berkulit tebal, besar dan kandungan kanjinya amat tinggi dan juga kandungan air yang sangat rendah dan  sekiranya diadunkan dengan butter atau pun susu, ia cepat meresap. Maka kentang ini lebih sesuai untuk masakan resepi kentang putar atau lenyek. Jenis kentang Yukon Goldspulak, kandungan kanji sederhana dan sesuai untuk semua masakan. Kentang Red bliss pulak  strukturnya keras yang sesuai untuk dibuat salad atau boleh dibakar/barbecue. Jenis Desiree potatoes sangat sesuai untuk wedges, chips dan untuk digoreng.

RUSSET MASHED POTATOES NOXXA

BAHAN - BAHAN 
6 biji ubi kentang russet
3/4 cawan susu segar ( nak guna susu cair boleh tapi lagi sedap susu segar, kalau guna heavy cream  lagi bertambah sedap ) 
2 1/2 sudu besar mentega
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar serbuk pati ayam ( nak guna kiub ayam pun boleh ) 
1 cawan air 

CARA - CARA
1. Ubi kentang dikupas dan dipotong dadu besar
2. Masukkan ubi kentang dalam innerpot, masukkan 1  cawan air, kiub pati ayam atau serbuk pati ayam, serbuk lada putih dan mentega
3. High pressure  selama 15 minit, pastikan tombol ke pressure sebelum tekan on 
4. Selepas bunyi bip, offkan dan tarik picu tombol ke steam untuk melepaskan tekanan
5. Buka tudung dan ambil senduk kayu, tekan sampai hancur. tahap ni ubi kentang dah lembut sangat
6. Masukkan susu segar ( kalau rajin panaskan sekejap susu tu ni versi malas nak panaskan sebab dalam periuk tu pun dah panas ) dan kacau. Suai rasa, jika tak cukup bahan perasa boleh tambah. 
7. Siap ! 


SOS KENTANG PUTAR

BAHAN - BAHAN 
800 ml air 
4 sudu besar tepung gandum 
1 biji bawang besar sederhana dipotong dadu
3 sudu besar mentega
1 sudu teh lada hitam kasar ( kalau rasa nak tambah pun boleh )
2 sudu besar serbuk pati ayam ( tak guna banyak takut termasin kalau nak tambah ikut citarasa anda ) 
3 sudu besar sos lada hitam atau nak tambah lagi pun boleh
Kicap pekat ABC sekadar nak bagi warna pada kuah
Garam secukup rasa

CARA - CARA 
1. Mentega dicairkan dalam periuk, nampak dah cair terus masukkan bawang, nak elak hangus cepat - cepat lah masukkan ya ataupun Untuk tip kalau rajin letak minyak sikit tak nak bagi hangus
2. Kacau biar bawang dan mentega mesra dan wangi, tak payah garing sangat bawang tu sekadar layu dan mesra, boleh masukkan tepung sikit demi sikit sambil kacau. 
3. Kacau sampai nampak nak keperangan, terus masukkan air sikit - sikit ya sambil kacau ( sekiranya tepung berketul - ketul jangan risau kacau sampai sebati )
4. Masukkan lada hitam kasar, serbuk pati ayam,sos lada hitam dan kicap pekat ABC
5. Kacau selalu sampai pekat dan mendidih sikit. Kalau rasa tak masin boleh tambahkan garam
6. Tutup api dan boleh dihidangkan dengan kentang putar

NOTA : kuah ni agak pekat sikit sebab wani suka pekat dan tak suka kalau curah atas mashed potatoes tapi tak lekat, jadi kalau rasa kuah ni nampak pekat sangat, boleh la tambahkan air semasa dalam periuk tadi, dan tambah la bahan - bahan perasa balik ikut citarasa anda

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign