22 March 2016

PERTANDINGAN DAN PAMERAN KUCING DAN ARNAB

ASSALAMUALAIKUM..


Dah lama tak mencoret kat sini.. Lama ke macam lama je.. Fenomena el nino melanda sekarang ni.. Sekolah kat Kedah dan Perlis  pun dah umum kena tutup..musim panas ni,  Banyak keluar tip - tip nak menghadapi strok haba. Di antara salah satunya kena minum air banyak - banyak.. Itu yang penting.. Kurangkan outdoor aktiviti.. Boleh jatuh pengsan kalau kat luar lama - lama. Panas bukan sepanas biasa.. Macam - macam keluar tip,  tak lupa juga yang kelakar. Senyum aje lahh.semoga sahabat - sahabat maya sihat - sihat aje

Berdoa mudah - mudahan Allah turunkan rahmat  hujan, walaupun ada dengar setengah negeri yang turun hujan, kat sini tak turun hujan lagi.

Sebenarnya nak cakap benda lain, biasalah muqaddimah, kalau tak, tak tahu apa benda nak taip, hujung minggu ni kat KB MALL ada pertandingan dan pameran kucing dan arnab, siapa- siapa yang ada kelapangan boleh la pergi tengok, terutamanya yang peminat kucing dan arnab lover, wani ingat nak pergi..teringatkan arnab , pernah bela arnab dalam10 ekor dulu zaman wani sekolah rendah...macam nak bela arnab balik.buat masa sekarang tak bela lagi,entah lah terbela ke tidak,kucing memang tak boleh bela sebab abah wani anti kucing hii..





Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign