28 March 2016

PAWAGAM KENA PATUH SYARAT

ASSALAMUALAIKUM


Sebenarnya isu ni dah lama, setiap kali ada projek pembinaan di Kelantan kalau yang melibatkan Mall, semua akan tertanya - tanya, ada panggung wayang ke tak.sebelah pihak cakap akan ada, sebelah pihak cakap , takkan ada. tapi jawapan sampai ke sekarang memang takkan ada panggung wayang.ada yang hampa ada yang masih menaruh harapan sebab macam - macam wani baca komen. Apa yang wani nak cakap itulah keunikan Kelantan, kalau orang dari luar Kelantan datang ke Kelantan dan cakap macam tak ada hiburan. Kami sebenarnya dah selesa dengan cara kami. Negeri kami pun berbilang kaum, ada kaum cina, india dan siam, tapi hidup harmoni tak ada siapa pun bangsa lain yang bersungut hanya kerana tak ada panggung wayang

Wani sendiri akui pernah masuk panggung sekali jer setakat ini..itupun atas ajakan adik wani masa kat KL dulu . Terkejut ke? Tak kisah lah orang nak cakap apa pun , kolot ke.walaupun wani pernah berada di Johor Selama 2 tahun setengah..sebab Belajar kat sana, entah kenapa tak pernah terlintas nak pergi panggung, mungkin sebab dah terbiasa sebab negeri sendiri tak ada panggung wayang, jadi bila berhijrah sekejap dekat negeri lain, sampai kan tak sedar yang negeri lain ada panggung wayang hiii..kawan - kawan pun tak ada pula yang ajak ..pelik juga.. tapi bagusnya.. serious nak study kan.. sampai nak berhibur untuk diri sendiri pun tak ada masa :D.. bila nak masuk panggung wayang balik tak tahulah.. 

Ok  dah faham, sekarang tengah banyak projek kat Kelantan, bandar baru Tunjong pun tengah dibina siap berperingkat. Dan yang terbaru AEON Mall akan dibuka bulan depan pada 28 April. tertarik dengan berita semalam.. kat bawah berita semalam ya..

jadinya sesiapa nak tahu keunikan Kelantan ,, datanglah ke Kelantan,, bukannya kalau tak ada panggung wayang tu menjadi asbab,, hiburan tak ada langsung,,, banyak lagi hiburan lain yang boleh digunapakai


KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tidak berkompromi dalam aspek-aspek Islamik walaupun bersedia membenarkan mana-mana syarikat untuk mewujudkan pawagam di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood menyarankan, pihak berkenaan perlu berfikir dan mencari jalan dengan lebih kreatif bagi mengatasi sebarang isu apabila syarat ketat yang dikeluarkan kerajaan negeri.

Beliau difahamkan operator pawagam tidak mempunyai masalah untuk mematuhi beberapa syarat asas seperti pengasingan tempat duduk lelaki dan perempuan serta tiada tayangan pada waktu solat Maghrib.
“Bagaimanapun syarat tidak ada sebarang tayangan sepanjang bulan Ramadan menjadi isu utama yang dibangkitkan dan perkara itu masih gagal diselesaikan, kerajaan negeri pula tidak akan berkompromi terhadap perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program penanaman pokok ‘AEON Hometown Forest’ di AEON Mall Kota Bharu, di sini semalam.

Menurutnya, operator pawagam mungkin boleh memasukkan acara tertentu pada bulan Ramadan selagi mana ia tidak melanggar syarat yang ditetapkan

“Kita ada garis panduan mengikut Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. Walaupun kita buka ruang untuk hiburan, garis panduan itu wajib dipatuhi. Kalau sebulan sepanjang Ramadan tidak ada tayangan, mungkin mereka boleh buat aktiviti lain. Contohnya program konsultasi ke,” katanya.
Kerajaan Kelantan sebelum ini dikatakan bersedia membenarkan mana mana pusat membeli belah membuka pawagam di negeri, sekali gus membuka dimensi baharu dalam aspek hiburan di negeri ini.

Bagaimanapun, beberapa syarat yang dikenakan itu tidak dapat dipenuhi oleh operator pawagam walaupun pada peringkat awal sudah menyatakan hasrat berminat untuk membangunkan pusat hiburan itu.

SUMBER: SINAR HARIAN
Komen
1 Komen

1 comment:

anajingga said...

semoga dipermudahkan untuk menegakkan syiar islam..in shaa allah .

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign