16 March 2016

INDIAN BEAN

ASSALAMUALAIKUM...



Fenomena cuaca panas sekarang ni memang nak update blog pun dah lemau .. betul tak.. macam tak ada mood.. ya la panas kat luar tu.. tapi kalau ikut kira kita ni memang hidup takkan puas hati pun,, kalau hujan lebat sangat pun bersungut, panas sangat pun mengeluh.. apa yang kita tak nak mengeluh cuba cakap asyik nak mengeluh je memanjang.. mana perasaan bersyukur tu,, cuba selami perasaan bersyukur dalam diri.. "nikmat manakah lagi yang kamu dustakan" dari surah Ar - Rahman,, pengulangan ayat yang berulang-ulang dalam surah ini buatkan wani sentiasa ingat.. dan rasakan setakat Allah dah bagi setakat ni pun dah rasa bersyukur .. cuba tengok suhu lagi panas kat Mekah boleh cecah 44 C.. bayangkan lah..

kesihatan kena jaga ya ,, minum banyak air, tubuh kita boleh jadi dehidrasi kalau kurang minum air..nasihat je lebih wani dah terpesong dari tajuk sebenarnya hii.. gambar lain,oklah kebetulan lalu,  dah banyak kali wani tengok sayur jenis ni namanya INDIAN BEAN, memang tengok sajalah, kebetulan datang, kadang-kadang sikit dah tinggal, kadang-kadang ada kotak saja sebab kosong.. dan kadang-kadang datang ,tengok banyak penuh macam ni.. sekali tengok macam bentuk petai tapi leper macam tak ada isi,, sampai wani tertanya-tanya orang masak apa sayur jenis ni,, haa.. tapi tiap kali pergi tak pernah pulak kebetulan orang dok tengah pilih ke sayur ni,, kalau ada macam tu, wani akan terus tanya dia masak macam mana..

ada sesiapa kenal ke? jakun pulak hii..kalau kenal boleh la share sikit ,,
Komen
3 Komen

3 comments:

anajingga said...

pernah kak ana tengok kat blog tau group resepi, orang masak kari sayur ni wani, kak ana sendiri tak pernah masak lagi.

Wani Sukarno said...

ohh ye ke.. baru tahu buat masak kari..kena google lagi nak tahu pasal sayur ni

Mayang ABDUL RAZAK said...

akak pun tak penah tengok (hahaha lagi malu) pestaim ni.. cam petai pun ada gak kan...

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign