14 March 2016

BUDAYAKAN TULISAN JAWI

ASSALAMUALAIKUM...




 sumber gambar daripada mykhaiza.com .gambar tu tak ada kaitan dengan berita ni. Kalau baca faham tak ke tak nampak kecil sangat tulisan tu.. Maaf ya sekadar tunjuk kat sini.  seingat wani masa zaman sekolah rendah, kalau nak buat ujian jawi, ustazah bagi ujian macam ni.. kita buka buku, ada pensel, dan bersedia nak dengar ustazah cakap apa, sambil tulis dalam jawi.. lepas siap , ustazah tulis balik di papan hitam suruh semak betul ke tak.. seronok pulak belajar tulisan jawi zaman budak-budak dulu.. tak tahu la budak-budak zaman sekarang macam mana tapi ada tak sesiapa macam wani ni.. mesti ada kan..

sekarang ni orang bukan islam pun tertarik dengan kesenian tulisan jawi. Tulisan jawi bukannya terhad untuk orang islam yang bergelar melayu sahaja.sepatutnya rasa bangga, apabila ada orang asing ingin belajar tulisan jawi.wani terbaca semalam berita ni. 


Oleh Fadzli Ramli

MELAKA, 13 Mac (Bernama) -- Terletak jauh beribu batu dari nusantara iaitu kawasan asal kebudayaan Melayu bukan halangan buat Daegu University of Foreign Studies (DUFS) di Daegu, Korea Selatan memulakan pengajian dalam kebudayaan Melayu terutamanya tulisan jawi, pada bulan ini.

Dekan Fakulti Asia Tenggara DUFS Prof Dr Kang Kyoung Seok yang juga pakar dalam tulisan jawi berkata selain pembelajaran, universiti itu juga akan menjalankan kajian mengenai ilmu jawi atau Jawiology melalui Pusat Antarabangsa Jawiology di universiti tersebut.

Kang yang juga pengarah pusat itu dan berkhidmat bersama DUFS bermula 1 Mac lepas berkata selain tulisan jawi, DUFS juga akan menumpukan kepada pengajian dalam bahasa Melayu dan Indonesia.

"Daripada kuliah enam jam saya lebih menumpukan kepada penyelidikan dan kajian Jawiology. Selain itu ada juga (mengajar) bahasa Melayu dan Indonesia peringkat asas serta pertengahan.

"Kuliah Jawiology mendapat sambutan baik, ramai minat belajar. Tetapi penting bagi saya ialah membuat lebih banyak kajian mengenai ilmu jawi supaya kita semua dapat tahu lebih dalam mengenai jawi," katanya yang fasih berbahasa Melayu kepada Bernama menerusi e-mel di sini.

Kang sebelum ini bersama Busan University of Foreign Studies sejak tahun 1982 dan bertanggungjawab menubuhkan Jabatan Indonesia-Malaysia di universiti itu.

Beliau berkata apa yang membuatkan beliau memilih untuk berkhidmat dengan DUFS ialah ruang untuk beliau melakukan kajian mengenai jawi serta mengajar tulisan itu sebagai satu nilai tambah bagi generasi muda di Korea Selatan.

"Di kampus Korea saya tidak diberi peluang hendak mengajar apa sahaja melainkan ikuti panduan universiti yang menolong pelajar senang mendapat kerja selepas mempelajari subjek yang telah saya ajar.

"Ini berbeza dengan DUFS yang mengutamakan pengajian ASEAN antaranya mengenai tulisan jawi, universiti ini walaupun kecil tetapi sebuah universiti yang kuat," katanya.

Katanya DUFS juga sedang mengorak langkah untuk mengadakan program pengajian kerjasama dalam pengajian pelbagai bidang terutamanya Jawiology dengan universiti di Malaysia.

"Saya akan membawa impak inovatif yang mana DUFS akan menerima pelajar dari luar negara untuk mengikuti kursus Jawiology serta calon sarjana atau doktor falsafah (PhD) terutama dari Malaysia dan Brunei dalam Jawiology," katanya.

Selain itu Kang berkata DUFS juga akan berusaha menjemput pakar dalam tulisan Jawi untuk mengajar dan membimbing pelajar serta siswazah dalam pengajian Jawiology.

Beliau berkata setakat ini DUFS telah mengadakan beberapa kerjasama dengan universiti dari Indonesia, namun masih berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan universiti di Malaysia.

"Saya harap sebuah universiti Malaysia dapat menandatangani kerjasama dengan DUFS ini sambil mengeksport pengajian Melayu ke DUFS supaya Korea dapat banyak belajar," katanya.

Kang menegaskan pengajian Melayu terutama melibatkan tulisan jawi perlu mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak terutama universiti di Malaysia kerana jawi 'berpokok dan berakar' di negara ini selain sebuah negara yang kaya dengan kemelayuannya.

-- BERNAMA
Komen
2 Komen

2 comments:

Mayang ABDUL RAZAK said...

hahah lama dah tinggal mau tergagap juga baca ni wani

Wani Sukarno said...

hiiii

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign