21 February 2016

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

ASSALAMUALAIKUM....


semalam wani ada terbaca perkongsian dari laman fb I LOVE KELANTAN.sangat terharu baca pengalaman dari seorang  yang bukan anak jati Kelantan tentang Kelantan. Sedar, begitu banyak persepsi negatif yang dilontarkan terhadap negeri Kelantan, tapi tak semua macam tu, hanya segelintir masyarakat di luar sana, harap buangkanlan sikap macam tu,, hidup satu bumbung satu Malaysia, kenapa nak merendah - rendahkan sesama kita, dah tahu Kelantan tu negeri unik, jadi carilah keunikan tu, 

Kat sini wani copy paste balik apa yang saudara / saudari ni bagi tahu.. Terima kasih ya atas coretan ini, buat wani tersenyum lebar.


Reply to Kelantanese Where You At

Cuma nak respond post sebelum ni and share my own experience. Aku adalah typical budak Selatan yg memandang enteng pada negeri Kelantan.

Ditakdirkan aku ditawarkan sambung belajar di negeri Kelantan, negeri yg aku sendiri tak pernah jejak. Aku redho. Mula2 aku agak mati akal tak faham dgn loghat kelantannya, tak tahan dgn tiada hiburannya (wayang, karok), etc.

Tapi semakin hari aku mula sayang negeri Kelantan ni. Orang-orangnya sangat ramah. Pergi je kedai makan kalau kau order Milo Beng, Milo Kaw Kaw kuasa dua dia bagi. Kat tempat aku tak dapatnya milo pekat macam ni. Semuanya tau nak untung lebih. Kedekut. Kat Kelantan, kau order je air apa, dorang akan buat pekat2 sesedap mungkin. Kalau kau jenis yg suka makan (mcm aku), nah Kelantan la tempatnya. Sini ada colek ayam, colek buah, mee celup, nasi air dingin, satey baung, mee belut, maggie ketam, maggie tiram, ketupat sotong, kerabu maggie, nasi kak wok, tomyam siam, nasi koh mo, pulut ayam, pulut mangga, mee cambo, coconut shake, aiskrim kelapa, peh banyak gila. Nak2 lagi sini banyak makanan siam. Yg paling best korang tak payah spend duit banyak utk makan sebab harga makanan kat sini murah2. Keropok lekor 10 biji RM1. RM5 boleh dapat mee celup + coconut shake. Beza gila kalau kat KL, RM5 tu baru harga segelas coconut shake, belum masuk harga mee sup lagi. Tau tak kat sini RM5 tu harga utk maggie tiram (kat KL tiram mahal). Kalau korang ada RM10 tu dah boleh beli macam2 siap air dgn pencuci mulut lagi. Belum cerita pergi pasar malam. RM10 stock makanan utk 2 hari. Macam mana aku tak gemuk macam ni, semua makanan murah berganda2. Haha

Walaupun sini tak ada tempat hiburan, tapi sini banyak tempat2 tenang yg kita boleh pergi. Sepanjang aku study kat sini, aku suka pergi pantai2 dia. Semuanya dekat2 tak perlu bayar tol and of course jimat. Pantai Irama, Pantai Sri Tujuh, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sabak, Pantai Mek Mas, Pantai Senok, Pantai Melawi. Ni la tempat lepak aku hujung minggu. Nyaman dan tenang. Kadang2 aku bawak bekal picnic dgn kawan2. Nak mandi umpama duyung pun boleh. Kalau nak jauh sikit pergi Pantai Bukit Kluang, sempadan Kelantan – Terengganu. Boleh singgah beli keropok losong. Hee

Tapi, mungkin Allah nak menguji. Setiap hujung tahun mesti negeri Kelantan ditimpa banjir. Banjir paras2 betis peha. Waktu sem 1 aku cepat panik tengok air naik (kat tempat aku tak pernah lagi banjir). Yg paling terkejut staff and seniors aku siap boleh berkayak lagi kat area kampus. Nampak sangatlah dorang dah biasa dgn banjir ni. Yg buat bestnya air banjir ni tak keruh. Boleh nampak lagi kaki kita dalam air. Kelas pun berjalan seperti biasa. Banjir pun banjir la. Perasan kat Venice kejap. Floating university.

Tapi tak sangka 2 tahun lepas (waktu kami study week, dis 2014) mencatatkan sejarah paling buruk buat negeri Kelantan. Air bukan takat kepala lagi dah, dah boleh tenggelam dah kita manusia biasa ni. Habis tenggelam kampus aku. Aku tengok je dari tingkap bilik. Air makin naik tak henti. Bukan lagi air jernih, tapi air bah warna keruh tea beng. Kami diarahkan utk pindah naik ke tingkat paling atas utk selamatkan diri. Aras paling bawah sekali dah tenggelam dan berkemungkinan juga binatang2 berbiasa spt lintah, ular dan biawak akan naik. Allah menguji kami sewaktu kami sedang sibuk study utk final exam. Malam tu juga, hostel kami black out. Sudah la black out, stok makanan pula habis. Ramai yg tahan lapar dan terpaksa berkongsi apa yg ada. Malam tu penuh dgn kerisauan kami. Handphone yg ada pun kehabisan batery. Kami terperangkap dan tak boleh nak kemana2. Hanya berdoa.

Esoknya bantuan tiba. Sukarelawan datang menghulurkan bantuan makanan. Kami dipindahkan berperingkat2. Aku dapat tau waktu ini, telah viral gambar kami di laman2 sosial spt Siakap Keli. Ramai yg simpati. Kami dipindahkan di penempatan sementara. Segala keperluan asas spt ubat gigi, sabun, selimut, mereka sediakan utk kami. Aku betul2 tak sangka aku jadi salah seorg dari mangsa banjir. Kira2 seminggu di sana tidur berlantaikan simen. Makan pun berjadual dan disendukkan. Tak pernah kelaparan di sana. Malam2 kami berkumpul dan tengok wayang pacak sambil makan ubi rebus. Mungkin utk menghiburkan hati kami yg rindu pada keluarga.

Banyak bantuan yg kami terima. Terima kasih semuanya. Aku dah mula belajar nikmat bersyukur. Aku bersyukur dapat belajar di Kelantan dan rasa sendiri pengalaman berharga ni. Kelantan is my second home. Orang2 kat sini semuanya baik2 dan menghormati tetamu. Paling meriah waktu raya haji. Bila aku pergi berkunjung rumah orang2 sini, semuanya jamu aku dgn macam2 makanan (siap tapau hehe). Siap ajak bersembang lagi, bergurau2. Walaupun aku tak boleh cakap kelantan, dorg cuba ckp slanga luar bagi aku faham. Apa yg ada kat sini tak sama macam kat tempat aku, sampai kadang2 bila order milo ais mahal sampai RM3 tapi tak pekat rasa nak marah. Mungkin sebab dah biasa minum milo beng kelantan kot. By the way sini pun ada sawah padi terbentang luas kat Machang & Pasir Puteh. Serius cantik!

- Walker

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign