05 February 2016

Sweetness of Sacrifice - #kalendarbudu - Chinese New Year 2016

ASSALAMUALAIKUM...

rasanya ramai dah menonton klip pendek dari Malaysia Airlines sempena Tahun Baru Cina nanti..semua orang pasti menunggu apa kelainan yang dibawa setiap kali menjelangnya musim perayaan.  klip video pendek ni rasa dah 3 minggu kot.. ramai dah orang pakat share video ni.. mula-mula wani tak perasan hashtag kalendar budu tu.. masa tengah tonton baru perasan..eh apasal cerita ni pasal budu hiii.. alooo sweetnya pasal budu.. perasan yang dah banyak kali Malaysia Airlines kalau buat video, macam banyak kait dengan Kelantan, tengoklah  klip video sebelum ni..

ya, memang budu adalah identiti orang Kelantan. wani tak tahu nak cakap apa dah kalau orang Kelantan sediri tak suka makan budu tapi hakikatnya adalah orang macam tu.. wani  bersyukur wani suka akan budu.. hii..kalau orang yang tak pernah rasa budu, cakap busuk dan macam-macam lah,, tapi yang busuk itu sedap dan unik.. apa lagi nak cerita pasal keunikan orang Kelantan, pada orang luar kalau tidak budu,,, .. cubalah budu, anda pasti akan jatuh hati..

P/S : selamat bercuti dan selamat balik kampung. Hati - hati di jalan raya.Ingat orang yang tersayang ya. 

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign