09 February 2016

SELAMAT TAHUN BARU CINA

ASSALAMUALAIKUM....


Baru berkesempatan nak update blog... Semalam wedding cousin wani kat Rantau Panjang, majlis sambut menantu.. Rasa letih sangat...nasib lah  cuaca tu mendung sampai ke petang, hujan tu ada rintik - rintik sikit.. Kalau panas memanjang pun tak berapa suka jugak. Biasanya kalau time cuti raya macam ni memang penuh dengan undangan makan nasi minyak kan. Bukan saja musim cuti raya, tapi musim kahwin, jalan semalam alhamdulillah tak berapa jam, itu pun pakai app kot2 ada mana - mana jalan busy. Zaman sekarang kan nak tahu jalan trafik ke tak pun dah ada apps. 

Dalam kesempatan ini, wani nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua di seluruh Malaysia.. Happy jer tengok kawan - kawan facebook update gambar sambut tahun baru,,bersama famili tak kira lah yang chinese muslim dan juga kahwin campur, semuanya sambut dengan famili.. tak pernah merasa la kita nak rasa tahun baru macam mana, tak ada yang nak jemput. Kalau dapat rasa sekali kan best.

Pada masa yang sama, dapat khabar berita Cik Man yang telah kembali ke rahmatullah, itu pun mak saudara yang bagi tahu, sakit kanser paru - paru . walaupun wani tak berapa kenal sangat, semoga arwah ditempatkan ke dalam golongan orang - orang yang beriman dan soleh.  Pada saat orang lain bergembira cuti balik nak jumpa sanak saudara, kadang - kadang ada insan yang telah pergi meninggalkan kita. 

Macam tu lah, kita di akhir perjalanan kita , apa yang kita cari balik adalah untuk disatukan bersama keluarga tercinta di syurga kelak..samalah masa musim perayaan ini, semua balik kampung nak jumpa sanak saudara,ibu bapa, adik beradik dan rakan taulan, nak  ada masa untuk berbual - bual bertanya khabar.mudah - mudahan ikatan silaturahim tu kekal bukan sahaja di dunia tapi juga di syurga kelak.kita pun bertegur sapa dan tanya khabar diri masing - masing di alam sana.siapa nak macam tu kenalah jaga hubungan persaudaraan sesama kita.. 






Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign