20 April 2016

JUS EPAL HIJAU

ASSALAMUALAIKUM...


Lama dah gambar ni dok tunggu turn

agak lama tak blender buah buat jus... wani pun dah lama tak beli epal.. hii..sejak dulu kan ada berita pasal ada  orang keracunan makan epal ni ..tak berapa nak beli dah .. ish buah sekarang ni pun susahnya nak makan .. tak selamat tapi tak semua lah.. bila dah lama nih, kempunan pulak nak makan epal..

wani hanya blender epal hijau saja tak campur dengan apa - apapun.. letak madu nak bagi manis sikit.. kalau tengok ada resepi ada campur dengan asam boi lah.. kata nak sihat kan.. asam boi tu jeruk.. bukan sihat sangat benda tu hiii.. blender jus epal saja pun dah sedap.. air tu 300 ml  tu dah cukup dengan 2 biji epal .. berjus lagi.. emm rasa macam nak kena rajinkan diri blend buah lain.. lagi sedap buat jus sebenarnya .. tapi nape malas sangat nak blend.. ada je alasan kan..

Resepi senang tapi tayang jugak hii

P/S : nak cuba blend dengan batang sup pulak

JUS EPAL HIJAU

BAHAN-BAHAN
2 biji epal sederhana besar
300ml air
madu secukupnya

CARA-CARA

1. Epal dibelah 2, buangkan biji dan potong sederhana besar. Kulit jangat kupas sebab serat ada kat situ
2. Masukkan ke dalam blender bersama 300 ml air dan madu secukupnya 
3. Blend sehingga sebati dan boleh dihidangkan.


Komen
2 Komen

2 comments:

anajingga said...

sedap wani, kak ana suka sangat :)

Amie said...

Ini antara jus kegemaranku!

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign