12 February 2016

GENAP SETAHUN

ASSALAMUALAIKM....

Semalam genap setahun pemergian beliau. Masih terasa kehilangan beliau.


Tok guru…

Hari ini SETAHUN kau pergi meninggalkan kami semua. Pergi mu yang ditangisi seluruh umat manusia.

Hari ini hilangnya seorang pemimpin, seorang ayah, seorang ulama, seorang guru, seorang lelaki, seorang ilmuan, seorang imam, seorang tokoh politik, seorang abang, seorang atok,seorang…......

Ketika hidup mu, ramai mengeji mu,  sakiti hatimu, namun tidak pernah sekalipun kau mengalah..

Tok guru..

Kau pemimpin yang zuhud, tidak pernah aku nampak kau berpakaian mewah-mewah seperti pemimpin yang lain. Berpakaian sunnah, jubah putih berserban…

Tok guru…

Aku tidak pernah jumpa denganmu…
Bersalaman, memelukmu..tidak sempat aku berjumpa denganmu. Kau sudah pergi meninggalkan kami..

Tok guru..

Orang kata kau nyanyuk, 30 juzuk dalam kepala mu..

Orang kata kau memecahkan ummah. Tapi china india terima mu..

Orang kata kau bukan ulama, tapi ulama sedunia menggeruni mu..

Orang kata kau gila dunia, tapi setiap minggu kau ajar ilmu akhirat…

Orang kata kau banyak harta.. tapi rumah mu berdindingkan kayu..Berbumbungkan zink sahaja..

Tok guru..

Kau tinggalkan kami meninggalkan wasiat perjuangan yang harus kami sambung… yang hidup ini akan teruskan perjuangan dunia dan akhirat..

Segala ilmu, pesanan mu akan ku ingat sehingga ke akhir hayat..

Takbir!!!

Allahuakbar!, Allahuakbar!, Allahuakbar!

AL - FATIHAH..

12 feb 2016
01:25am
Jumaat..

Kredit fb: Panah Berangkai Senjata Fakir Lembing Berantai

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign