05 February 2016

GELAGAT SI MONYET PADA MUSIM BUNGA TAHUN INI

ASSALAMUALAIKUM...


Salam jumaat, agak - agak dah ada orang balik kampung?, mungkin esok ramai balik kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina pada hari isnin nanti. Walaupun bukan perayaan kita, peluang untuk bercuti ni boleh la kita berjumpa dengan keluarga kita kat kampung..melawat saudara - mara jauh.

Hari tu wani pergi nak beli barang dapur, muzik dah mula putar lagu raya cina, sambil - sambil nak pilih - pilih barang layan la juga lagu raya cina best jugak, wani tak kisah lagu bahasa apa pun, asalkan tak sunyi masa nak pilih - pilih barang, tapi yang lemahnya putar lagu yang sama berulangkali, siap wani boleh hafal dah hii.. Janganlah nak buat mood pembeli moody. Nak dengar la juga lagu lain. 

Sebenarnya wani tak boleh tengok gelagat haiwan, sangat comel, kena berkongsi juga, wani ada pos sekeping gambar monyet - monyet yang sedang belajar ni dekat ig.pakai uniform sekolah..  Hari ni kena bagi tahu mereka tengah berlatih untuk apa.. Siap ada meja dan kerusi kan, pandai pulak tu ikut arahan cikgu. Suruh angkat tangan, angkat tangan.. hiii nak pisang ke?


Kalau nak tahu monyet ni semua tengah berlatih untuk satu persembahan bersempena Tahun Baru Raya Cina nanti. Tahun ni adalah tahun monyet. 12 ekor monyet sedang berlatih di sekolah latihan monyet di bandar Dongying , wilayah Shandong,China.  kat sana ada zoo tempatan. Siap ada sekolah latihan lagi, berlatih elok - elok ya, musim bunga dah nak datang dah ni.ada lagi gambar lain kat bawah. sumber dari CCTVNews.

P/S: alhamdulillah hujan sejak kelmarin dan cuaca pun mendung sampai sekarang. 








Komen
1 Komen

1 comment:

anajingga said...

comel lah pulak kan wani :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign