10 February 2016

EMPAT JERSI JENAMA DSV

ASSALAMUALAIKUM.....


Lama tak dengar berita pasal Skuad Kelantan The Red Warrior

KOTA BHARU: Empat jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang akan dilancarkan esok, bukan sekadar rekaan semata-mata tapi turut mempunyai kelebihan dari segi kesihatan apabila benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan berkulit putih. Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, berkata beliau mahu jersi yang dipakai pemain dan penyokong turut mempunyai fungsi kesihatan, bukan hanya mempamerkan rekaan semata-mata seperti jersi lain. 

 Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, benang yang direka khas itu dihasilkan kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini untuk pembangunan baju itu.  "Keempat-empat jersi yang bakal dilancarkan bagi edisi pertama ini mempunyai fungsi perangkap peluh dan mampu memutihkan kulit. Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua.  "Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak. Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna. 

  "Saya sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)," katanya.   BH sebelum ini melaporkan tanda tanya kalangan penyokong Kelantan mengenai gambaran sebenar empat rekaan jersi jenama DSV akan terjawab menerusi pelancarannya esok.  Pengasas Vida Beauty Qu Puteh itu berkata, syarikatnya akan mengeluarkan dua versi bagi keempat-keempat rekaan iaitu 'versi eksklusif' dan 'versi penyokong' dengan pengeluaran sebanyak 20,000 helai untuk edisi pertama.  

Daripada empat rekaannya itu, jersi berwarna tradisi Kelantan merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri sementara warna merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan PQPTRW di tempat lawan.  Mengulas lanjut, Dr Vida yang juga Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata beliau yakin fungsi jersinya tidak akan mudah ditiru mana-mana pihak sebaik saja ia dilancarkan nanti.  "Majlis pelancaran yang diadakan nanti pasti memberi kejutan luar biasa kepada orang ramai, seolah-olah jersi ini turun daripada angkasa lepas. Harga yang ditawarkan mampu milik bagi membolehkan semua orang dapat memilikinya," katanya.sumber dari BERITA HARIAN

Komen
1 Komen

1 comment:

Bbwana adienia said...

aloooo..comelnya jersi dsv tu..kaler pun pinky..sweet!!!

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign