29 February 2016

BIRTHDAY NAQIB

ASSALAMUALAIKUM....


Kepada sesiapa sambut hari jadi hari ini, hari yang istimewa sebab 4 tahun sekali baru jumpa kan, hii..selamat hari jadi ya.bertuahnya birthday tahun lompat. Wani pun baru perasan hari ini tahun lompat.esok dah masuk bulan 3 dah. 

Gambar ni hari jadi anak saudara wani semalam bukan hari ini ya,,, dah setahun dah umur Naqib.. Maklumlah anak saudara sulung kan, sampai Mak Long sendiri excited tengok gambar - gambar yang dihantar kat wassap family..meriahnya mama dan papa Naqib buat birthday untuk Naqib.. Kalau dekat Mak Long dah datang dah Naqib.. Jauh kat KL tu tak terpergi dah,, 

Selamat hari jadi Naqib ,semoga menjadi anak yang soleh kepada mama dan papa Naqib, Dan menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat,, amin.. Buat la kenangan kat blog,  rupa Naqib dah setahun..sekejapnya masa, tengok kecik dulu dah umur setahun dah..  Mak Long nak tengok Naqib kena berhenti dah hisap ' copong' aka puting.. Hii tak lepas dengan copong nya.. 

Belanja la gambar kat sini 2 keping. Rindu sebenar ni nak main peluk budak ni.. Kredit gambar ni dari adik ipar wani.



Komen
1 Komen

1 comment:

anajingga said...

heppi birthday naqib, omeynya diaa :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign