07 January 2016

QU PUTEH, TERLAJAK LARIS DAN NV.. KONGSI 3 KISAH KEJAYAAN

ASSALAMUALAIKUM.....

entry kali ini terlajak panjang nampak ni..hii ..fenomena betul perkataan " terlajak" ni kan..  bagaimana rasa jadi orang kaya.. semua orang nak jadi kaya , nak jadi jutawan betul tak.. tapi takkan nak "kaya" harta benda jer. mesti "kaya" dari segala aspek.. kaya jiwa, kaya budi pekerti, kaya itu , kaya ini dan macam-macam jenis kaya.. kat facebook sekarang tengah happening kisah 3 jutawan kosmetik iaitu, Dato Sri Vida, Dato Aliff dan Puan Rita.. dan wani pun tak ketinggalan baca 3 kisah kejayaan mereka siap ada video lagi kan.. nasib ada orang hantar kat wassap, sebab nak tengok kat facebook hari tu, internet tersekat - sekat..kalau dulu wani tak kenal sangat 3 orang ni, Dato Vida kali pertama tak silap wani tengok dekat tv dalam program apa dah tak ingat, bawah rancangan Dato Vida itu pun wani tengok penuh barang-barang kosmetik kat show dia tu kan.. tapi tak ambil kisah sangat.. cuma wani tengok la dari segi pemakaian tu .. wow blink..blink...Dato Aliff pulak ,, rasa pertama kali tengok dalam iklan ada muka Dato Aliff ni.. hii.. Puan rita tu wani hanya kenal arwah ibu dia sebelum ni, sebab selalu nya ingat majalah lama-lama banyak iklan dari kosmetik NV..Puan Rita tu wani kenal lepas arwah ibu dia meninggal .. barulah naik nama Puan Rita.. ni.. seiras wajah dengan arwah ibu dia..

sebagai anak jati Kelantan, wani tumpang bangga la dengan pencapaian Dato Vida,, anak kelahiran Machang, Kelantan yang telah menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya .. dah masuk Bella tv iktiraf WOMEN OF THE YEAR.. walaupun sekali tengok kita pun tak suka kegedikan beliau..hiii  tapi hakikatnya, dalam ramai orang tak suka pun, Dato Vida berjaya mengangkat dan menjulang tinggi produk beliau,, .. terpukau wani tengok rumah yang berharga RM 20 juta konsep ala resort...rasa kalau dok dalam ni terus bercuti dalam rumah dah :D...  insyaAllah semoga kisah 3 jutawan ini menjadi inspirasi untuk kita berjaya..rasa macam nak jumpa jer dengan Dato Vida ni.. mana la tahu kan.. kot kata-kata ni satu doa.. hii

heboh status yang dikongsi oleh Encik Khairul Hakimin.. wani rasa macam familiar jer nama dia ni.. blogger rupanya.. copy paste kat sini pulak.. kot-kot ada yang terlepas pandang nak baca walaupun ternampak lebih 40K yang telah dishare.. memang viral lahh..



Terlajak puteh nampak. Saya juga antara yang tak ketinggalan melihat rancangan ini. Mahu juga terkinja-kinja menonton kekayaan tiga insan yang sentiasa menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Mereka ini tidaklah setaraf dengan beberapa ikon kesayangan negara seperti Siti Nurhaliza, Tony Fernandez, Tan Sri Mokhtar, Emma Maembong, Shaheizy Sam mahupun Dato M Daud Kilau, tetapi semua gerak geri dan kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini jadi satu alat pemasaran yang luar biasa. 

Moh kita ambil pendekatan positif melihat titik persamaan antara ke tiga-tiga taikun kosmetik negara ini. Antaranya ialah:

1. Jatuh. Mereka pernah jatuh dengan sangat teruk. Tetapi bangkit dengan semangat luar biasa. Lihat satu demi satu, Datuk Alif pernah dihina kerana hanya mempunyai sijil SPM dan berniaga di pasar malam. Keanehan manusia ini dari awal sememangnya ditentang habis-habisan di media sosial. 

Dengar suara sahaja “terlajaaak larrrrissss” memang buat kita terus nak tukar channel. Tetapi gimik suara dan pendekatan iklan luar biasa beliau akhirnya membawa duit ke poketnya sendiri. Ada sahaja gimik iklan yang tak masuk akal. Kalau dari Bangi nak ke KL tu hangin sungguh ada papan-papan billboard tulis Wajah Kosmetik Yang Dipercayai. Kau gila nak letak muka lelaki dengan alat-alat solek jadi aksesori dalam gambar tu? Tapi Datuk Alif buat. Dan dia berani terus buat dan berjaya!

Bagi Puan Rita Sosilawati pula, kisah kematian ibunya yang cukup tragis dan menggemparkan negara. Sebut sahaja tentang ibu beliau, pasti semua ingat. Dan kita pula tak pernah terfikir bagaimana wanita ini mahu kembali bangkit untuk meneruskan legasi ibunya dengan wajah ibunya yang sering kali muncul di sebalik produk-produk tersebut. 

Orang kata, yang melemahkan kita itulah yang akan menguatkan kita. Akhirnya Puan Rita bangkit dan kini mempunyai rangkaian kosmetik antara yang paling kukuh di Malaysia. 

Sekali pasang tv keluar pula wajah wanita ini. Dulu saya sendiri pernah kata, dah kenapa stesen tv3 ini dah kena beli dengan perempuan ini ke macammana. Sekejap sekejap keluar, Qu Puteh Qu Puteh. Bagi lelaki kacak yang tak pernah putih seumur hidup seperti saya ini, ini satu pertandingan antara hidup dengan mati. Menyampah nengoknya. Itu dululah. 

Kini, saya lihat strategi mempasakkan perkataan itu dalam kepala rakyat Malaysia(walau ejaannya pun tak betul) tetap berjaya. Anak saya sendiri pun pandai sebut Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih! Hebat Dato Seri Dr. Vida. Beliau ini juga mempunyai kisah tragis yang sangat besar dalam hidupnya apabila dua anak lelakinya meninggal dunia akibat dari kebakaran rumahnya sendiri. 

Dato Seri Dr. Vida kembali bangkit dan membangunkan produknya dengan membawa semangat anak-anaknya untuk terus berjaya dan membantu anak-anak yang lain.



2. Bersama. Jika kalian lihat Instagram ke tiga-tiga taikun ini, kalian akan perasan satu perkara yang berlaku diluar kotak pemikiran kita sendiri. Logiknya mereka ini adalah pesaing di dalam industry yang sama. Tetapi, mereka kerap kali berjumpa dan bermesyuarat. Setiap kali ke tiga-tiga ini bergambar dan gambarnya dipampang di dalam insta masing-masing, saya terus terfikir strategi perniagaan bangsa cina yang sangat hebat. Antaranya ialah:

Mereka akan berbincang produk mana sesuai dengan syarikat mana. 
Mereka akan membuat keputusan syarikat mana dengan gimik pemasaran yang bagaimana.
Mereka akan membahagikan produk laris dengan kesesuaian pemilik syarikat mana.

Kau orang nampak tak? Mereka tidak bersaing, malah mereka saling menguat antara satu sama lain. 

Ini yang sedang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan Indie (bukan Hindi) dan saya sangat suka cara mereka. Mereka bangkit bersama. Bantu kawan-kawan lain dan berjaya bersama-sama.

Dalam industry hari ini, memang sudah tak boleh untuk bergerak sendiri. Dengan mudah kalian akan tumbang jika ada pesaing yang sama hebat dengan kalian. Maka cara paling baik ialah dengan bersama.


3. Kreatif dan Bina Pengaruh. Mereka sentiasa menunjuk kekayaan dan kekuasaan. Ini yang orang melayu pantang. Takut kena curi, takut orang kata riak, takut mata syaitonirojim. Waima Dato Seri Dr Vida yang mempunyai beberapa koleksi mahkota juga kalian tegur baik punya. Ya salah satu kegemaran rakyat Malaysia ialah menegur-negur perbuatan orang lain. Anak jiran kampung sebelah yang kau tak kenal pun kau boleh cerita kisah dia dari lahir sampailah dia kahwin. 

Ok, kita sambung. Mereka bertiga ini (pada fikiran saya) tidak menunjuk-nunjuk pada zahirnya. Tetapi kekuasaan mereka pada media sangat kuat. Maka, segala apa yang diceritakan akan jadi bahan untuk ditunjuk dan dikongsi kepada semua.

Kadang-kadang post itu hanya untuk memberitahu yang mereka sangat sukakan sesuatu pada masa lalu, dan kini sudah pun mendapatinya (rujuk kepada post Dato Aliff dengan kereta Rolls Royce). Sama juga dengan kita, nak sangat makan kat kedai kak leha dangdut, jadi hari tu kawan kita belanja dan kita pun selfie gitu. Lebih kurang sahaja sebenarnya Cuma mood kau orang tak sebanyak orang yang memang kaya dengan cas-cas positif di kepala.

Untuk kuat dalam arus media, kau kena kreatif. Kau kena pastikan orang sentiasa positif dengan apa yang kau ‘tunjuk’. Lihat akaun sosial media mereka bertiga ini, semuanya ada tag line dengan ‘background’ kemewahan mereka. Semua itu adalah strategi pemasaran untuk mendapatkan pengaruh. Jika kalian perasan, ada produk mereka yang sama, ada juga yang memang niche. Dan yang niche itulah kekuatan mereka masing-masing.

Ingat kawan-kawan, pengaruh dibina dengan kuasa, harta dan kata-kata. Zaman ini mudah sahaja, kalian ada kepakaran dan buat dengan betul-betul, kalian akan (atau pasti) akan berpengaruh dengan sayap yang cukup lebar. Saya pernah bersembang dengan salah seorang jurujual mereka, sama ada benar atau tidak, katanya salah seorang dari tiga taikun ini jualannya pada setiap jam ialah sebanyak RM1,200. Setiap jam Bro! Kau kali dengan 24 jam, dapat RM28,000 sehari. Kali lagi dengan 30 hari, jualan sebulan ialah RM864,000 woi.

Gunakanlah media sosial untuk meraih kebaikan, bukan dengan membuka aib dan berkata tidak baik. Stay positif kawan!

Kawan-kawan, bab riak takbur bagai itu bukan hal kita pun. Mereka dapat apa yang mereka inginkan. Kita pun takat dapat sebut kau riak kau riak kau riak! Itu sahaja, kau sebut kau riak tu ada dapat mahkota? Ada dapat rolls Royce? ada? Ada boleh taja TRW? Sudah-sudahlah jadi penunggang agama. Cewah. 

Nak hidup dan jadi orang hebat kena harungi satu perjalanan susah, kalau tengok kaki pun tak nampak kerana perut membesar bagai juara tak adalah susah benar hidup kita tu. Kena harungi satu fasa kehidupan yang ala-ala baru nak bernafas semula dek kerana kegagalan itu ini. Gitu. Kau faham ke tak faham ni sebenarnya? Ha Barulah dapat hidup senang. Bak kata Imam Ghazali, Untuk dapat sesuatu yang kau suka, kena sabar dengan apa yang kau benci.

Yang kau suka itu kesenangan.
Yang kau benci itu kesusahan.

Yang buat kau senang hari ini ialah perjalanan susah kau masa lalu. Mereka ini Tuhan uji dengan ujian paling berat untuk mereka terima. Tuhan juga hanya uji mereka yang sesuai sahaja dengan ujian-ujiannya. Tak semua dapat ujian macam tu kawan, jadi reda dan berusahalah untuk kita juga berjaya.

Tak semestinya kita kena berjaya macam depa, kalau kita pun sama je habis takkan nak tukar Bapa Brownies Kebangsaan cakap, Qu Brown Qu Brown Barulah Brownies. Tak, semua tu tak semestinya sama.

Kawan-kawan, 

Ada orang memang berjaya dengan jadi cikgu. Walau tak dapat rumah besar, dia dapat 10,000 anak murid yang sentiasa panggil dia cikgu sampai dia mati.
Ada orang memang berjaya jadi doktor, walau dia tak kaya raya, tapi dia punya saham akhirat merawat pesakit pasti sebesar-besar gunung yang melimpah-limpah kebaikannya.
Ada orang memang berjaya jadi penulis, mungkin dia juga tak kaya raya macam depa. Tapi penulisan dia buat jiwa kaya, buat orang terkesan dan mahu jadi baik. Cewah. Ha ha ha. Nak jugak.

Masa saya kecil dulu saya selalu tanya emak, apa yang emak nak dari aye (saya)? Emak saya kata, tanya diri sendiri nak jadi apa, emak nak awak jadi baik. Itu sahaja. 

Bukan susah nak jadi baik. Kaya miskin senang susah semua boleh jadi baik. Kita pun boleh jadi baik. Nak jadi baik mula dengan hati, kemudian otak, kemudian perlakuan dan perkataan. Senang woi. Ha, yang duk kata riak riak takbur takbur sesuka hati ni tanya balik dalam hati masing-masing, “aku ni baik sangat ka sampai Tuhan beri aku seketul hati yang  senangnya tuduh orang begitu begini, yang lancar sahaja cakap itu ini dan yang mudahnya bersangka-sangka”

Ada eloknya kita belajar melihat mereka berjaya daripada kita hanya berjaya cakap-cakap mahu kaya. 

Khairul Hakimin. Muhammad
Belum kaya lagi woi.
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign