23 January 2016

CIKGU BERKACA MATA

ASSALAMUALAIKUM


 Semalam hujan berhenti dalam pukul 11 pagi terus cerah sampai ke petang. Lebat sangat semalam ingatkan nak banjir dah.. Wani dah macam lupa isnin ni cuti hii.. Cuti hari Thaipusam ya.. Selamat bercuti panjang lah semua..tak lama cuti CNY pula...bila sebut pasal CNY, Wani teringatkan cikgu wani, nama dia Hidayati Low Bt Abdullah .. Kalau nak ingatkan semua pasal cikgu yang telah mengajar wani dari tadika sampai la sekolah menengah,, ada yang wani ingat akan ingat, maklumlah ingatan kita ni kalau makin meningkat usia, peratus nak ingat tu semakin pudar sikit.. Kalau berjumpa pun macam dah tak cam muka dah huu..

Cikgu Hidayati Low, dia adalah teacher wani sebab mengajar subjek english masa tu wani tingkatan 2, berasal dari Penang , tapi kahwin dengan orang Kelantan. Masa tu umur 14 tahun kan, itulah kali pertama wani tengok bangsa cina tapi pakai tudung. Seorang yang berkaca mata.berkulit putih kuning langsat.. Bertudung masa tu style pakai bawal segitiga..wani masih ingat lagi suara bila mengajar bunyi slang cina.  Suami dia pun merangkap cikgu wani jugak tapi mengajar subjek sejarah masa wani tingkatan 4. Pasangan suami isteri mengajar di sekolah yang sama. Rasanya masa tu langsung tak pernah dengar atau orang bercerita pasal muallaf..

Semasa bulan cuti sekolah tahun lepas, kat rumah terdengar orang bagi salam, hari Jumaat , Cikgu Khatijah rupanya tapi datang dengan seseorang. jiran sebelah rumah wani pun cikgu masa kat sekolah wani dulu juga, Kiranya kami ni berjiran. Wani kat dapur masa tu kan, tiba- tiba adik pergi tengok kat luar rumah lepas datang balik dekat wani, adik wani cakap, Cikgu Hidayati datang, ehhh terkejut sekejap  lama dah wani tak jumpa lebih 10 tahun.. Bayangkan. Cikgu Hidayati memang selalu berhubung dengan Jiran wani. 

bonda wani dan Cikgu Hidayati ni kawan baik, sekejap berhubung, sekejap terputus hubungan,selepas wani habis sekolah dulu, wani dengar Cikgu Hidayati dan ikut suami ke Sabah, sebab suami dia jadi Pensyarah maktab kat sana. Sejak dari itu kami lost contact, kalau dengar berita pun dari jiran wani lah tukang bagi berita..hii.. 

Masa jumpa dengan Cikgu Hidayati, terkejut tengok dah lain dah muka cikgu, kalau umur kita pun dah meningkat, umur dia pun meningkat juga, dia ada bawa anak - anak dah besar panjang masuk kolej dah, wani tengok dulu masa anak dia Farah tu kecik lagi..sekarang dah besar panjang. Banyak benda yang dibualkan, Cuma Cikgu Hidayati  mengeluh dah banyak kali minta tukar kat Kelantan tapi sampai sekarang tak boleh. Kasihan juga kat cikgu, nak jugak balik negeri sendiri kan, dah lama sangat dah kat sana, masa tu bonda wani tak ada sebab keluar, tak jumpa jugak, bonda wani  dah lama sangat nak jumpa dengan Cikgu Hidayati. Cikgu pun balik sekejap kat sini

Kalau nak cerita pasal Cikgu Hidayati ni tak habis, sebab wani suka dengar kisah kehidupan dia sebagai reverted muslim dulu.. ..lain kali lah bercerita.. InsyaAllah tak ada aral melintang akan jadi jiran wani la sebelah rumah nanti.. 

Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) advertorial (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign