04 January 2016

KACANG EDAMAME..

ASSALAMUALAIKUM....


Lama wani tak cakap pasal masak - masak. Minta maaf ya.. Lately kurang nak main masak - masak sebab itu la entry pun dah terpesong... Tak apalah asalkan blog tak menyepi.. Kalau nak asyik publish pasal masak - masak alamat selang 5 hari sekali post hiii.. Masih throwback cerita tahun lepas.. Ada sesiapa kenal tak kacang apa ni.. Pernah wani tanya dalam satu group pos gambar kacang ni ada cakap edamame, ada cakap kacang parang, ada bagi tahu kacang itik..

First time wani makan bila sepupu ajak makan kat kampung , dia cakap sedap kacang ni,, bila wani try sedap la jugak sebab rebus sahaja tak ada flavor apa - apa pun. Sekali tengok macam kacang putih yang masuk dalam ketupat manis tu tapi yang ni macam besar sikit biji dia.. Bila tanya ambil kat mana, sepupu cakap rumah Pak Long tanam pokok ni,, pokok kacang ni jenis pokok menjalar. Kalau yang besar sikit memang gemuk la tempat biji kacang tu...sekali rasa macam kacang parang pun ada sebab  kacang tu macam ada kulit luar lembut yang boleh dibuang.. Nak makan tu boleh jugak tapi rasa macam hampas sikit



Bonda wani ada balik kampung sekali lagi singgah rumah Pak Long, Pak Long kutip suruh rebus kat rumah, wani pun tak tahu nak makan macam mana lagi. Rebus makan saja je la..try test rebus dalam noxxa 8 minit, sekejap dah empuk.  Lepas tu wani cuba google  'edamame', tengok rupa lebih kurang macam yang Pak Long tanam, sebab masih lagi musykil hii nama dalam bahasa jepun, sebab asal kat jepun la kot.. Ini kali pertama wani tengok kacang ni.. Bila dah terlalu matang kulit kacang ni kering kehitaman dan boleh buat benih. Entah la orang makan macam mana lagi kacang ni tengok kat google macam - macam resepi.. 


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign