14 January 2016

AEON BAKAL DIBUKA DI KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM...


Salam jumaat.semalam hujan lebat sangat syukurlah.. Rahmat pada malam jumaat..kalau ramalan  manusia cakap sekarang ni fenomena el nino.. Kadang - kadang Allah masih sayangkan hambaNya.. Sejuk sikit semalam

Dah lama dengar AEON yang  bakal dibuka di Kelantan pada bulan April nanti.. Dan dengar macam - macam outlet yang akan dibuka di AEON nanti. Wani tak pasti bila projek pembinaan bermula, mungkin pada tahun 2013 dah bermula kot. Masa hari tu wani singgah kat Tesco, jarang sungguh la nak lalu jalan ni, kalau tak ada hal.. TESCO berdepan dengan Jambatan Sultan Yahya.. Kat Lembah Sireh ni tanah rendah dan  berdepan dengan jambatan, masa bah besar di  Kelantan hujung tahun 2014, kat  bangunan TESCO tu tenggelam bahagian bawah. Bah luar biasa tak pernah berlaku. Semoga selepas ini tak ada apa dah kejadian yang tidak diingini. 


Agak hairan juga kenapa ambil risiko buat pembinaan dekat sini, tapi pergi lawat tapak kononnnya nampak macam bangunan dah 100 peratus siap, cuma bahagian luar tu nampak tak teratur dan mungkin masih ada penambahbaikan dalam bangunan. Sayup mata memandang sebab bangunan ni panjang. Kat depan AEON ni ada perhentian bas sementara  dan akan berpindah kat stesen baru,Hari tu panas terik sangat tengoklah awan kepul - kepul.  Kiranya ini yang terbesar lepas KB MALL dan PARKSON MALL, ada pilihan la warga Kelantan yang suka berjalan ni.. Dan suka bershopping. 
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign