13 January 2016

IKEA CHERAS

ASSALAMUALAIKUM...


Sejak keluar pesanan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, pasal keadaan fenomena el nino sekarang, rasa pukul 10 pagi lebih pun dah rasa panas. Kalau dulu ingat musim jerebu tak nampak langit langsung kan,, musim panas macam ni tengok langit biru awan kepul - kepul, pemandangan tu cantik tapi terlalu  panas.. Berjalan sikit kat luar rasa macam panas dah tembus ke kulit.. Berpeluh tu tak usah kira lah.. 

Masih lagi berthrowback cerita lepas, kali terakhir wani jejak IKEA tahun 2012 tak silap tapi tu kat IKEA Damansara, Yang terbaru , jejak kat IKEA  di Cheras, yang baru buka, lama dah tak jalan - jalan. Seperti biasalah sangat luas, tapi tak sempat nak berjalan sangat kat sini, sebab dah berjanji dengan orang ni, tak sedap duduk wani, dahulukan mana yang patut, sebab pergi pun dah lewat tapi sebelum bertolak nak pulang isi perut dulu sebab dah lapar. 


Inilah menunya, meatball sekarang kuah dah sikit dah letak, tak macam dulu.. tak genap..semua menu sedap, kek ni sedap,mula - mula ingatkan cream cheese topping tu rupanya coklat putih, dalam banyak menu tak habis makan nya muffin, bungkus dengan tisu bawak balik, hii


Sementara tengah tunggu makanan sampai kat meja, keadaan meja macam gambar kat bawah  tengah tunggu pekerja ambil pinggan yang berbaki dengan makanan letak atas tray, tapi bila wani tengok makanan yang dibazirkan tu ya Allah banyak sangat..sebab wani tak suka jenis tengok makanan terlebih atau tak habis dimakan,, sayang tu  rezeki tu berapa orang di luar sana menderita kelaparan. Membazir nya dah la sayur tak makan, buat apalah nak order kalau nak habiskan tak boleh.. Ke tak sedap... Kalau dah order paksa  la makan jugak,,,, membazirkan duit dan dalam masa yang sama tiru sifat syaitan... Alhamdulillah kami masa tu kenyang .. Tak bazir pun semua licin cuma muffin tu terpaksa bungkus bawak balik tak sempat nak habiskan kat situ jugak.


Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign