13 December 2015

AYAM PERCIK NOXXA ( PART 1 )

ASSALAMUALAIKUM....


Kali pertama wani dah buat dengan periuk  noxxa .. Ikut style wani la .sebab lain orang lain taste guna periuk noxxa ni.. Yang penting kita selesa dengan cara kita. Sepertimana yang kita ketahui lagi lama try and error lagi kita tahu macam mana cara nak masak dengan periuk noxxa. Wani pun mula - mula agak jakun jugak tengok arahan resepi orang lain kan, lama - lama keberanian pun ada... Sekarang ni tak kisah main try and error sampaila kita rasa puas hati dengan hasil masakan.

Resepi ayam percik kalau cari kat internet berlambak - lambak. Ayam percik kuah ada 2 jenis samada kuah putih atau kuah jadi merah sebab letak lada kering. Kalau kuah putih tu letak santan saja. Dan biasanya dalam kuah ada letak bahan pemekat macam tepung beras atau ada orang letak tepung jagung sebab nak bagi kuah pekat.. Kalau wani buat ada 2 option kadang - kadang letak, kalau terasa tak nak jadi pekat tak letak.. Resepi kat bawah ni tak letak bahan pemekat,, nanti wani akan buat entry lain 

Kalau ayam percik, wani tak suka guna ketulan ayam potong kecik, lagi best kalau buat macam jual kat pasar tu kan.. Potongan besar. Kalau bulan puasa memang banyak gerai yang jual ayam percik.. Satu hidangan yang peniaga sentiasa jual...kalau seekor macam tu golek tak suka jugak, paling selamat buat la potongan besar sikit.. lagi satu,, kalau kuah nya tu mesti pakai santan pekat kan.. wani guna santan cair. kalau orang pandai bajet, tuangla santan tu sampai nampak kuah boleh kacau.. dah ok.. jangan cair sangat.. itulah lemah sangat wani nak main sukat santan kat sini.. kalau nak pakai santan pekat terpulang .. 

Resepi ni versi kuah merah dan tak letak bahan pemekat. Wani kacau kuah sampai pekat. Untuk resepi  ni guna ayam besar sikit. lepas high pressure,, ayam tu nak bagi garing sikit,, terpaksa wani onkan oven untuk bagi garing.. bakar sekadar hangus sikit.. kalau lama nanti kering sangat.






AYAM PERCIK NOXXA

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam potong 2 bahagian atau boleh guna bahagian lain
2 ulas bawang merah besar*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia* 
3 tangkai lada kering*
3 batang serai dihiris*
Santan pekat 2 cawan  * atau  wani guna lebih kurang 600 ml santan cair.. 
Gula melaka 1/2 bahagian 
2 Keping asam gelugur

Kesemua bahan bertanda * diblender

Bahan untuk perapan ayam 
6 ulas bawang putih
1 inci halia

Tumbuk bawang putih dan halia beserta garam sampai lumat dan lumurkan pada ayam. Perap sekejap

CARA - CARA 
1. Tuangkan bahan yang telah diblender ke dalam innerpot noxxa dan masukkan santan dan garam sikit.masukkan asam keping .kacau sekejap dan on kan noxxa setkan kepada mode "stir fry"
2. Kacau sehingga mendidih. Nampak mendidih,masukkan gula melaka dan stir fry lagi sampai gula melaka cair dan kuah nampak pekat sikit
3. Off kan noxxa sekejap, ambil separuh kuah percik letak dalam mangkuk, sebab nanti nak tuangkan atas ayam sikit masa nak bakar dalam oven
4. Ambil ayam yang telah diperap dan masukkan dalam noxxa, masukkan sekali sisa2 bahan perapan yang melekat kat bekas perapan..dalam periuk noxxa..tak nak bazir
5. Kacau sekejap,tutup periuk, pusing tombol ke arah " pressure" dan setkan kepada mode " high pressure" masa 8 minit dan on kan periuk.
6. Dah habis masa, off kan periuk dan pusing tombol ke arah " steam". Habis wap baru buka tudung. balikkan ayam ke sebelah lagi, kacau2 sikit  dan tutup balik. Cara sama macam nombor 5. 
7. Lepas habis masa, off kan, keluarkan wap dan ambil ayam pindah ke dulang pembakar.lumurkan ayam tadi dengan kuah percik yang telah disimpan tadi.
8. Masukkan dalam oven nak bagi garing sikit kat luar. Saya bakar guna api atas dulu lepas tu baru guna api bawah. 
9. Kuah dalam innerpot boleh stir fry kan sekali lagi nak bagi kering dan pekat.. Boleh buat sebagai kuah nak makan dengan nasi. 

NOTA 
Kalau nak keluarkan kuah sikit boleh untuk tuang atas ayam nanti nak bakar, kalau tak nak pun tak apa.. lepas keluarkan ayam dari periuk,susun atas dulang..stir fry sampai kering sikit.. boleh tuang atas ayam.. masa nak bakar..
Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign